Hi! Enjoy Your Visit Here
Peringatan
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : No ripping, spamming, and any type of childish acts. Respect is a must.
Navigations

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
Name : Shiro
Heart Status : Taken
#Melepaslah korang *perasan*

Doing...
Blogging All Day

Tagboard

Kenangan Lalu
Disember 2010 | Januari 2011 | Februari 2011 | Mac 2011 | April 2011 | Mei 2011 | Jun 2011 | Julai 2011 | Ogos 2011 | Disember 2011 | Januari 2012 | Mac 2012 | November 2012 | Disember 2012 |

Andainya Lelaki Mengerti
Andainya Perempuan Mengerti....
Cerita Cinta X: Warkah Buatmu
Cerita Cinta IX : Tulang Rusukku
Seorang Pun Tak Terjaga
Beza Suka dan Cinta
Cerita Cinta VIII:Sebuah Cinta
Coretan Secebis Hati
Woman?They Are Complex Creature
Cerita Cinta VI:Aku,Aqilah dan Air Tin

Music

Megumi Hayashibara - Trust You (OST Shaman King)

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki
Written at Khamis, 28 Julai 2011 | back to top

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kamu bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kamu juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kamu sepanjang hayat, membimbing kelakuan kamu, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kamu dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kamu zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kamu semua.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kamu mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kamu untuk sepanjang hayat, bererti kamu harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kamu.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan anda, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kamu semua bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada anda , tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kamu dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kamu ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kamu mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, anda ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kamu wahai wanita, anda ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, anda terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kamu adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka anda pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Anda perlu menjadi bunga, menghias sayapnya. Anda perlu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kamu tua, rapuh dan mati.
Tetapi anda akan bahagia dalam dakapannya, semoga anda semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...