Hi! Enjoy Your Visit Here
Peringatan
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : No ripping, spamming, and any type of childish acts. Respect is a must.
Navigations

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
Name : Shiro
Heart Status : Taken
#Melepaslah korang *perasan*

Doing...
Blogging All Day

Tagboard

Kenangan Lalu
Disember 2010 | Januari 2011 | Februari 2011 | Mac 2011 | April 2011 | Mei 2011 | Jun 2011 | Julai 2011 | Ogos 2011 | Disember 2011 | Januari 2012 | Mac 2012 | November 2012 | Disember 2012 |

Cerita Cinta XIV : Aku Imam?
Cerita Cinta XIII : Perpisahan Yang Ku Pinta
Puisi XV : Fatamorganamu
Puisi XIV : Terhiris Luka
Cerita Cinta XII : Sesuci Cinta Aliya
Cerita Cinta XI : Sampai Syurga Kasihku Padamu
Surat Cinta Yang Berusia 4200 tahun Dari Sumeria
Puisi XIII : Hujan di Hati
Puisi XII : Lukisan Realiti
Puisi XI : Potret Wajah Di Hatiku

Music

Megumi Hayashibara - Trust You (OST Shaman King)

Entri Khas Raya 2011: 7 Tips Beraya di Rumah Si Dia
Written at Sabtu, 27 Ogos 2011 | back to top


Si dia mengajak anda beraya ke rumahnya! Saya pasti ramai yang menunggu detik ini, kan? Hari demi hari dihitung dengan penuh debaran. Perasaan gembira, panik, gelabah dan seronok pasti bercampur gaul. Maklumlah, saat inilah yang merupakan masa yang sesuai sekali untuk memperkenalkan pujaan hati kepada kaum keluarga, bukan!
Baju mana yang nak di pakai? Tudung pula perlu matching dengan baju. Iyerlah, pertama kali bertemu muka dengan bakal mertua. Semua perlu dipelihara. Penampilan diri, tutur kata dan tata tertib harus dijaga. Lebih-lebih lagi jika si dia beribukan mak datin. Naya kalau ada hati yang tak berkenan. Silap-silap anda akan mendapat lampu merah!
Tip 1: Jaga Penampilan
Fikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari tersebut. Lagi bagus jika anda membuat persediaan awal supaya tidak kelam-kabut pada hari yang dijanjikan itu. Pastikan pakaian anda kemas dan sedap mata memandang. Takkan sekadar T-shirt dan jeans sahaja, kot! Alangkah manisnya jika berbaju kurung bagi wanita dan segaknya si jejaka dengan berbaju Melayu. Pasti terserlah penampilan diri anda di hadapan keluarganya.
Tip 2: Bawa Teman
Elok jika anda membawa teman ke rumah si dia. Barulah hilang sedikit perasaan segan jika ke sana keseorangan. Lagipun, anda pasti tidak mahu nampak ketara sangat mempunyai hubungan dengan anak mereka jika dikenalkan sebagai kawan-kawan. Seorang dua peneman rasanya sudah memadai.Tapi jangan pula membawa terlalu ramai kerana bimbang hilang pula keistimewaan anda di mata keluarganya.
Tip 3: Kenali Ahli Keluarganya
Teman anda tentu selalu bercerita tentang ahli keluarganya. Cuba ingati nama mereka kerana ia boleh membantu anda semasa sesi perkenalan di rumahnya nanti. Tunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk mengenali mereka. Jika mereka dapat melihat keikhlasan hati anda, pasti anda mendapat green light untuk masuk ke dalam keluarga si dia.
Tip 4: Jaga Adab Sopan
First impression selalunya memainkan peranan besar yang boleh menguntungkan atau merugikan anda. Peliharalah adab tertib anda terutamanya di hadapan ibu bapanya. Mulakan dengan bersalam sebagai tanda hormat pada mereka. Hati mereka pasti berbunga jika bermenantukan anda yang mempunya budi pekerti dan sopan santun yang tinggi.
Tip 5: Bersikap Ramah Mesra
Mulakan perbualan dengan bertanya khabar. Mungkin tentang ahli keluarganya atau kerjaya ibu bapanya (walaupun anda pasti sudah mengetahuinya). Jangan berbual kosong kerana ia kadang-kadang membuat anda merapu. Dan jangan terlalu excited semasa berbual kerana kadang-kadang kita boleh tersilap cakap yang mana ia boleh mengeruhkan perhubungan!
Tip 6: Murahkan Senyuman
Jangan panik semasa bersemuka dengan keluarganya. Tingkatkan keyakinan anda dengan memberikan senyuman. Anda pasti tidak mahu dikata sombong, bukan? Kadang kala senyum boleh menutup sikap malu dan pendiam dalam diri anda. Tapi awas, jangan asyik tersenyum macam kerang busuk pulak!
Tip 7: Sediakan Buah Tangan
Adab menziarah, buah tangan pasti dihulur. Tanda menghormati rumah yang dikunjungi. Ringankan tangan anda membawa sedikit buah tangan agar tuan rumah rasa dihargai. Lebih-lagi orang tuanya tentu sukakan bakal menantu yang bersikap pemurah. Malah, bonus bagi anda jika menyediakan sedikit duit raya untuk bakal adik-adik ipar, kan!

Apa pun...suzu mau ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca All About Love..

Maafkan segala silap dan salah suzu kat semua pembaca..Kalau ade masa free datang la ya rumah suzu..duit raye ade untuk 12 tahun kebawah je...hehe...:D byebye adios..salam
6 Tanda Anda Terlebih Memberi Cinta
Written at Ahad, 7 Ogos 2011 | back to top

Dah lame tak buat post nie...ramai dah tnye..."bile nak wat post?"..sorry..suzu agak busy sekarang nie...


TANDA-TANDANYA
1. Kamu menelefon si dia lebih dari si dia menelefon kamu

2. Segala perancangan untuk keluar semuanya kamu yang aturkan, tidak pernah sekalipun dia cuba mengajak kamu keluar. Bukan itu sahaja, si dia juga tidak pernah membayar apa-apa sepanjang kamu keluar bersama. hanya kamu sahaja yang keluarkan wang

3. Kamu sahaja yang sering memberikan si dia hadiah sedangkan si dia langsung tidak teringat untuk memberikan hadiah biarpun pada hari jadimu

4. Apa sahaja yang di mintaknya, kamu pasti akan sedaya upaya mengadakannya biarpun sesetengah daripada permintaannya itu di luar keupayaan kamu, namun demi cinta, kamu sanggup menebalkan muka meminjam wang dari teman-teman untuk mendapatkan apa yang diinginkannya

5. Setiap kali membawanya keluar, kamu sentiasa memastikan kamu membawannya ke tempat-tempat yang mahal dan mewah. tujuan kamu berbuat demikian kerana mahu dia sentiasa gembira dan seronok keluar bersama kamu. walaupun pada hakikatnya kamu bukanlah terlalu kaya untuk berbuat demikian

6. Begitu memanjakan si dia, biarpun sudah pasti si dia melakukan kesalahan dan cuba curang pada kamu, tetapi kami hanya bersikap tidak nampak kerana tidak mahu hubungan kamu dan dia terjejas.


AKIBATNYA?

1. Kamu akan cepat merasakan diri tertipu dan marah andai suatu hari nanti si dia gagal memberi apa yang selalu diberikannnya pada kamu atau apa yang diberikannya telah berkurangan. misalnnya di awal percintaan, sia dia setiap hari akan menghadiahkan kamu sekuntum bunga dan sekeping kad. tetapi lama kelamaan hanya sekuntum bunga sahaja di hadiahkan untuk kamu tanpa kad. kemudian semakin lama. sia dia langsung tidak memberi apa-apa. kamu pasti akan cepat merasa sedih dan menganggap si dia tidak lagi menyayangimu. Akhirnya hubungan kamu dan dia ibarat retak menanti belah hanya kerana hal yang kecil

2. Oleh kerana kamu merasakan telah memberi terlalu banyak, wujud perasaan terdesak dalam diri akibat terlalu ingin melihat hasil atas apa yang telah kamu beri dan lakukan. Misalnya kamu sanggup berkorban semua dari gaji kamu untuk membeli hadiah untuknya. kamu terlalu berharap si dia menghargai apa yang telah kamu buat untuknya dan akan melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu untuk kamu. namun ia berlaku sebaliknya, kamu pasti akan rasa sedih dan tersinggung. Seterusnnya hubungan kamu pasti tidak mampu bertahan lagi

3. Kamu tidak mengendahkan diri sendiri kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pasangan kamu. pakaian kamu tidak pernah bertukar sedangkan untuk pasangan kamu setiap minggu kamu mengajaknnya keluar membeli belah. Bukan itu sahaja, kamu sendiri hanya mampu belajar sampai tahap diploma tetapi demi si dia kamu sanggup habiskan membiayai pelajarannya sampai ke peringkat tertinggi. Akhirnnya pekerjaan, pelajaran atau apa sahaja yang kamu lakukan akan terjejas dan kesannya akan berbalik kpd perhubungan kamu. tidak mungkin si dia mahu terus bersama kamu andainya dia merasakan kamu terlalu banyak kekurangan dari dirinya

4. Keceriaan dalam hidup kamu makin hari makin hilang. kamu hanya akan gembira apabila dapat membuatkan si dia gembira. mungkin kamu sedar yang kamu sebenarnya hanya dipermainkan, diperbodohkan dan di ambik kesempatan namun kamu tidak mempedulikan semua itu dan terus berusaha untuk mendapatkan si dia hanya atas nama cinta. Pun begitu lagi jauh kamu mengejarnnya, si dia semakin tidak mengendahkan kamu kerana si dia tahu apa pun yang si dia lakukan pada kamu ia tidak akan sedikitpun melunturkan cinta kamu padanya

5.Llama kelamaan si dia hanya akan bersama kamu apabila si dia memerlukan pertolongan kamu sahaja. Sekiranya tidak, sia dia akan mula menjauhkan diri kamu dan memberi pembagai alasan apabila kamu ingin bertemu. Manakala kamu pula semakin kerap membuat, memberi dan melakukan segalanya untuk si dia bagi memastikan si dia kekal bersama kamu. namun tindakkan kamu itu ternyta sia sia. Si dia tidak pernah menghargai apa yang kamu lakukan.

TINDAKAN SEBAIKNYA

Apa yang perlu kamu lakukan ialah berhenti berharap. Maksudnya, andai kamu terlebih beri sebaiknya berhenti atau kembali melangkah ke belakang semula supaya perhubungan boleh bernafas kembali. cara yang boleh kamu lakukan ialah elakkan daripada menghubunginya. Diamkan diri buat sektika. kalau boleh, pergi melancong, balik kampung, berehat ke tempat lain dan hantar satu poskad kepada si dia. Sekirannya kamu tidak boleh melancong atau ke tempat lain. Sibukkan diri kamu mungkin dengan kerja atau dengan rakan untuk beberapa minggu. jangan risau, kamu tidak akan kecewa. Ini penting, berikan ruang untuk perhubungan kamu. biar masa berlalu tanpa ada tindakan dari kamu dan jangan lupa masa yang sama kamu perlu sentiasa ceria. mungkin sesekali boleh buat panggilan telefon dan sms tetapi jangan bercakap terlalu lama dan kerap sms. sekadar bertanya khabar sudah memadai, itu pun mungkin 2 minggu sekali. wujudkan ruang seperti ini dalam perhubungan membolehkan kedua pihak memikirkan semula hala tuju perhubungan. segala tindakan yang tidak sesuai dapat diperbetulkan semula. tindakan yang tepat dan baik untuk perhubungan dapat dibuat kerana fikiran kamu telah kembali normal dan keputusan tidak dibuat berdasarkan emosi