Hi! Enjoy Your Visit Here
Peringatan
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : No ripping, spamming, and any type of childish acts. Respect is a must.
Navigations

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
Name : Shiro
Heart Status : Taken
#Melepaslah korang *perasan*

Doing...
Blogging All Day

Tagboard

Kenangan Lalu
Disember 2010 | Januari 2011 | Februari 2011 | Mac 2011 | April 2011 | Mei 2011 | Jun 2011 | Julai 2011 | Ogos 2011 | Disember 2011 | Januari 2012 | Mac 2012 | November 2012 | Disember 2012 |

Cerita Cinta XIV : Aku Imam?
Cerita Cinta XIII : Perpisahan Yang Ku Pinta
Puisi XV : Fatamorganamu
Puisi XIV : Terhiris Luka
Cerita Cinta XII : Sesuci Cinta Aliya
Cerita Cinta XI : Sampai Syurga Kasihku Padamu
Surat Cinta Yang Berusia 4200 tahun Dari Sumeria
Puisi XIII : Hujan di Hati
Puisi XI : Potret Wajah Di Hatiku
Puisi X : Siulan Deru Angin

Music

Megumi Hayashibara - Trust You (OST Shaman King)

Relevankah istilah ‘Perigi Mencari Timba’ ?
Written at Sabtu, 31 Disember 2011 | back to top

Assalamualaikum kepada semua pembaca All About Love..

“Sudi tak awak kawin dengan saya”? Ini adalah ungkapan yang selalu dituturkan oleh seorang lelaki kepada seorang wanita. Tiada yang ganjil bukan. Bagaimana pula jika ia dituturkan oleh seorang wanita kepada seorang lelaki. Dalam konteks kehidupan masyarakat kita sekarang, wanita tersebut pasti digelar “perigi mencari timba” kan?

Andai anda seorang wanita yang sangat menyukai seorang lelaki, dan anda merasakan bahawa lelaki itu mampu menjamin kehidupan dan kebahagiaan anda kelak, tetapi anda takut atau kuatir untuk memulakan langkah pertama kerana risau digelar perigi mencari timba. Walhal, anda memulakan langkah tersebut untuk membina sebuah perhubungan yang halal antara lelaki dan perempuan kerana ianya dituntut dalam Islam

Faktor-faktornya


Tekanan
Istilah perigi mencari timba ini sebenarnya secara tidak langsung memberi tekanan kepada wanita-wanita yang agak berusia atau bekerjaya untuk mempunyai pasangan hidup. Mereka merasa malu untuk memulakan langkah pertama dalam menyatakan isi hati mereka kepada seseorang. Hal ini secara tidak langsung mendorong golongan ini untuk memilih menjadi anak dara sehingga ke akhirnya atau menjadi isteri muda. Relevankan istilah perigi mencari timba ini kerana setiap manusia tidak kiralah lelaki atau perempuan mempunyai hak untuk memilih sesiapa yang disukai atau disayanginya….


Drama/Filem
Selalu juga ditonjolkan dalam drama-drama atau filem-filem tentang persahabatan 2 sahabat karib, lelaki ( kita gelar dia sebagai A ) dan wanita ( kita gelar dia sebagai B ). Dalam perhubungan tersebut, A menganggap B adalah teman terbaiknya. Segala-galanya dikongsikan bersama B walaupun tentang perasaannya terhadap wanita lain. Tapi, lain pula halnya bagi B. Keakraban yang dibina sejak sekian lama telah memutikkan rasa cinta dihatinya terhadap A. Mahu bersikap jujur dan menyatakan isi hatinya terhadap B, terasa malu pula. Bimbang digelar perigi cari timba. Akhirnya B melepaskan A kepada wanita lain. Tanpa diketahuinya, A juga menyimpan satu rahsia dalam dirinya bahawa dia sebenarnya mencintai B. Berakhir kisah cinta rahsia antara dua hati ini.


Mentaliti
Mentaliti orang kita terhadap hal ini sebenarnya tidak membantu dalam membina sebuah komuniti yang normal. Sifat malu perlu ada pada setiap wanita, tetapi tiada yang salah tentang menyatakan jika kita menyukai seseorang itu. Asal jangan melebih-lebih sehingga menjatuhkan maruah sendiri sahaja sudah.


Rumusan
Jadi wanita-wanita di luar sana, fikirkan dalam-dalam samada anda sanggup melepaskan seseorang yang anda cintai semata-mata risau digelar perigi mencari timba. Ia hanyalah istilah. Tiada yang menjilidkan di dalam undang-undang bahawa sekiranya kita menyatakan rasa hati kita kepada seorang lelaki, kita dianggap “muka tidak tahu malu”. Tiada salahnya mencuba. Penolakan itu biasa, tapi penyesalan sekiranya tidak menyatakan isi hati adalah yang paling memeritkan… Malu tapi mahu, bukankah begitu?? =)..
Keserasian Dalam Sebuah Percintaan
Written at Khamis, 29 Disember 2011 | back to top


Assalamualaikum kepada semua pembaca All About Love

Sebenarnya tidak salah untuk kita berangan-angan dalam percintaan sebagai contoh ingin memiliki pasangan yang hensem bagi wanita dan lelaki pula inginkan wanita yang cantik, slim, pandai bergaya dan sebagainya. Pernah Dr melihat salah seorang sahabat apabila menonton wayang atau televisyen pantang melihat sahaja heroin muncul pasti dia akan bersuara
Wahhh alangkah bahagia hidup aku ini kalau dapat awek macam ini punya lawa, conform aku tak akan keluar rumah kalau aku dah kahwin ( Eh ! jangan gelak tau ) sebab ia sememangnya lumrah atau naluri manusia yang tidak ada kesempurnaan dalam kehidupan.
Tetapi persoalannya disini adalah sekiranya ditakdirkan seorang wanita / lelaki yang selama ini kita idam-idamkan muncul adakah dia serasi dengan tingkah laku atau perangai kita? Sudah pasti tidak bukan..
Kenapa Dr berkata begitu ?
Ini kerana pemikiran kita telah di “program” dengan angan-angan yang selama ini anda lakukan malah ia akan terus melekat sampai bila-bila. Apabila bertemu bakal pasangan hidup, kita tidak akan menilai perkara yang lain walaupun kita tahu diri ini tidak serasi langsung denganya.
Cuba kita perhatikan sekiranya keserasian tiada langsung dalam sesuatu hubungan cinta -
Sekiranya ia berlaku pada diri kita sekarang nasihat Dr jangan sesekali bersikap PANIK. Walaupun keadaan sekeliling kita memaksa atau menyuruh kita mencari pasangan hidup yang lain. Sebaik-baiknya kita menilai dan periksa terlebih dahulu siapakah pasangan kita itu malah selami hati dan perasaanya kerana bukan mudah untuk membina perhubungan percintaan yang tiada kombinasi atau keserasian bersama.
Renungkan ayat dibawah ini dan fikirkan sejenak -
 Bersyukur dan sentiasa berpuas hati dengan apa yang anda miliki sekarang. INGAT jangan sesekali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara yang tidak anda miliki sekarang

Apa pandangan anda tentang artikel keserasian dalam percintaan yang telah saya kongsikan seperti diatas? Sekiranya anda mempunyai pandangan yang berbeza atau ingin menilai tambah boleh kongsikan diruangan Page All About Love
Kisah Cinta Khayalan,Ia Indah,Ia Tidak Wujud,Tetapi Kita Boleh Jadikan Ia Satu Realiti
Written at | back to top

Assalamulaikum  semua reader All About Love

Seringkali kita 
terpengaruh dengan cerita cerita cinta yang terdapat di televisyen dan filem kan? “Eh eh,romantiknya si bf tu”, “Fuh, perfect betul awek dia, cantik, baik rajin, alim”, Kata kata macam tu akan keluar daripada mulut mereka yang senang terpengaruh dengan dramafilem dan novel cinta. Tapi hakikatnya tak seperti itu. Itu hanyalah kisah dongeng saja. Mahu atau tidak kita harus terima. Memang ada cerita dan kisah benar daripada kehidupan realiti yang diadaptasi ke dalam filem. Tapi dalam filem tu dah tokok tambah babak dah supaya jadi best.Hehe.
Maka mulalah sesetengah dari kita membayangkan betapa indahnya jika percintaan mereka sama macam dalam drama tu. Mereka mula merungut dengan pasangan yang sekarang sebab konon konon kalau betul betul cinta kena buat macam apa yang ada dalam drama tu. Ada tau orang macam ni, bukan takde! Wujud orang yang tidak tahu erti menghargai pasangan. Jangan sesekali membandingkan pasangan kita dengan orang lain apatah lagi membandingkan kisah cinta kita dengan kisah cinta di dalam filem. Memang kisah cinta khayalan itu indah tapi ia tak pernah wujudKisah cinta realiti pada anda korang tak indah, takde thrill, tak best tapi itu wujud dan benar. Dan di saat si dia yang bersama korang mula rasa terkilan dengan korang, korang akan sedar yang tindakan korang menyamakan cinta khayalan dengan cinta sebenar itu salah. 

Punca masalah ini adalah kurangnya erti syukur dalam diri seseorang. Mungkin kekasih korang tidak seperti yang korang idamkan. Tapi ketahuilah bahawa jika seseorang tidak mencintai korang sebagaimana yang korang mahu, tidak bermakna dia tidak cintakan korang sepenuh hatinya. Memanglah korang tak tahu isi hati dia. Tapi korang boleh nilai dari segi cara dia melayan korang. Jika si dia tidak mencintai korang, kenapa dia masih setia bersama korang di saat ini dan kenapa dia masih sanggup melayan karenah korang? Jadi, bersyukurlah kerana korang memiliki seseorang yang sangat mencintai korang walaupun kisah cinta korang tak macam dalam drama.
Baru baru ni ramai yang tersentak dengan drama Nora Elena. Korang tengok tak? Hehe. Sikap romantik yang tersangat sangat oleh watak utamanya, Seth Tan lakonan Aaron Aziz membuatkan sesetengah golongan wanita berfikir yang inilah sepatutnya ciri ciri seorang lelaki yang patut menjadi kekasih mereka. Sehingga kadang kadang mereka lupa bahawa Seth Tan adalah watak yang direka sahaja. Mana ada lelaki yang  romantik gila macam Seth Tan tu dalam dunia realiti. Tetapi itu TIDAK bermakna lelaki lelaki dalam realiti ini tidak mencintai pasangan mereka dengan setulusnya. Setiap orang mempunyai cara cinta mereka yang tersendiri.
Kat sini Dr nak kongsi tips untuk kita menjadikan cinta kita sama macam kisah cinta dongeng yang bahagia tu. Tips biasa je, tapi ramai dari kita yang leka darinya. 



Terima dengan ikhlas


Mesti ada sikap pasangan korang yang korang tak suka kan? Jangan merungut, tak baik. Terimalah pasangan korang seadanya. Kenapa korang mencintai dirinya? Ikhlas tak? Itu korang sendiri ada jawapannya. Korang tak boleh tipu diri korang sendiri. Dia ada kekurangan, macam tu jugak dengan korang. Pergaduhan itu akan sentiasa wujud sampai lah korang kahwin, dah ada anak, dah tua…tapi itulah sebenarnya yang menguatkan cinta korang. Bila bergaduh, lepas tu baik balik, mestilah cinta antara korang akan bertambah kan? Hehe, kalau korang tak kuat untuk menghadapi dugaan dalam bercinta macam mana korang nak memiliki kisah cinta seperti cerita khayalan? Cerita cinta dalam drama banyak sangat dugaannya. Konflik keluarga la, hilang ingatan la, kehadiran orang ketiga la, salah faham la. Macam macam! Sanggup ke korang?

Berpegang pada realiti


Adakah korang tahu kisah cinta korang juga boleh menjadi contoh kisah cinta agung yang hebat? Caranya adalah kekalkan hubungan yang ada sekarang, lalui dugaan dengan kuat, saling mencintai sampai selamanya dan semakin hari semakin sayang. Bila cinta korang bertahan dalam jangka masa yang lama dan cinta itu pula makin lama makin kuat, pastinya kisah cinta korang akan menjadi kisah cinta yang hebat! Bersama berdua sebagai suami isteri dan anak anak. Punya keluarga bahagia walaupun hidup dalam kesederhaan, itu impian semua orang. Dan pastinya, kisah cinta korang adalah realiti yang benar! Bukan khayalan semata mata.


Usaha dan doa


Jika tiada usaha dan doa, macam mana nak bahagia? Bukan mudah untuk memiliki kisah cinta sejati. Korang yang pernah merasai cinta, apatah lagi yangmencintai dan dicintai kembali adalah sangat sangat bertuah. Korang tau tak ada orang yang tidak pernah langsung merasai apa itu cinta? Ada orang yang tidak pernah merasai indahnya melakukan pengorbanan untuk orang yang kita cintai. Ada orang yang tidak pernah tau erti sanggup melakukan apa saja demi orang yang tersayang. Jadi bersyukurlah kerana kita adalah orang yang sangat bertuah. Allah kurniakan kita seorang teman supaya kita tak sunyi dan lebih kuat menghadapi kehidupan. Bila masing masing dah sedia, ikatlah ikatan percintaan itu dengan perkahwinan yang abadi. Binalah keluarga yang bahagia dan tabahlah menghadapi semua dugaan yang ada.


Oklah, itu saja yang Dr nak kongsikan dalam post ni. Semoga kita semua berjaya memiliki cinta sejati yang kita semua idam idamkan. Yang penting kita kena selalu berserah pada Allah. Usaha dengan baik dan InsyaAllah kita akan memiliki apa yang kita impikan. Apa yang Dr tulis ini adalah 100% tulisan Dr sendiri dan ia berdasarkan pendapat peribadi. Kalau korang tak setuju, Dr mintak maaf dan kalau sudi tinggalkanlah pendapat korang dalam ruangan chatbox ini. Best kalau kita dapat share tentang kisah cinta kan? Hehe. Kalau ada yang rasa artikel ni berguna, korang boleh share, tapi bagi kredit pada blog All About Love ni ye. Terima kasih kerana sudi membaca. Salam sweet dari Dr. Selamat malam.



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Puisi IX : Ku Cari Damai Di Hati
Written at Rabu, 21 Disember 2011 | back to top

Ku cari pada indahnya budi
Tutur halus bicara bersopan
semarak rasa cinta berlagu
Jenaka riang terselit kias bermadah
Kata mutiara penyejuk jiwa
Penunjuk cahaya gelita malam
Tersusun kemas kuntuman bahagia
Bersama tulus dan luhur ikatan perhubungan..


Ku cuba bawa seikhlas senyuman
Selembut wajah ku hadiahkan
Pelbagai bicara dan melodi ku persembahkan
Juga huluran tangan untuk kau sambut
Tak pernah meminta atau memaksa
Segalanya terpulang pada diri..
Tepuk dada tanya selera..

Ku jamu sajian rasa gelodak jiwa
Santapan kala kering ketandusan
Meluah suara yang tak bisa bicara
Bukan pakar segala segi
Sekadar untuk bersama dikongsi
Agar kenyang penuh ketenangan..


Ku tuang rasa kasih yang tertanam
Rasa cinta yang tersemai..
Benih rindu yang tak pernah surut
Usikan manja berserta jenaka
Gelak tawa penghibur lara
Menyapu lalu si air mata..
Kerana bahuku sedia untuk kamu menangis..

Ku pohon sejuta kemaafan diri
Andai bicara seloka tersayat duri
Mengguris hati tanpa sengaja
Menyemarak rasa marah beraja
Memungkin terlerai ikatan kuat tersimpuh..
Membuang jauh diri ini.. penuh tanda tanya?

Ketahuilah kalian semua...
apa sahaja yang aku lakukan, ku cari damai dihati..
bila irama cintaku berlagu, kamu ku rindu…
Mengapakah Lelaki Suka Mendiamkan Diri Apabila Menghadapi Masalah
Written at Selasa, 13 Disember 2011 | back to top

Assalamualaikum semua readers All About Love

Pernahkah pasangan anda (lelaki) tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan anda?


Apabila anda tanya adakah dia sedang menghadapi masalah,si dia akan cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri.Dan membuat anda risau,si dia tidak mengangkat call dan membalas SMS daripada anda.


Dr percaya mengapa ramai wanita di luar sana tidak faham mengapa lelaki bersikap sedemikian.Tiba-Tiba si dia boleh berubah dan mendiaman diri dan tidak mahu bercakap dengan anda.Pelik bukan????

Kerana Itu Sikap Seorang Lelaki

Tetapi itulah sikap seorang lelaki.Apabila dia menghadapi masalah,mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu,akan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.Mereka akan selidik cara-cara terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.


Apabila mereka menyendiri,mereka tidak suka diganggu.Anda sebagai perempuan akan keep on asking the same question,mereka akan merasa tertekan dan rimas.Anda pula terus menerus bertanya,jangan anda pelik jika dia akan memarahi anda kerana anda memaksa si dia untuk menceritakan masalah.Itu yang membuatkan si dia akan lebih menjauhi diri daripada anda.


Anda perlu ingat,cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah sama sekali berbeza dengan wanita.Lelaki akan lebih mendiamkan diri apabila menghadapi satu masalah.


Tetapi wanita pula lebih suka berkongsi masalah dengan menceritakan masalah tersebut kepada orang lain.Jadi apabila wanita melihat si dia (lelaki) menghadapi masalah,mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsi masalah tersebut (seperti wanita).Ini berbeza sama sekali dengan cara lelaki yang bukan menyelesaikan masalah dengan cara tersebut.Wanita boleh dikategorikan sebagai ekstrovert manakala lelaki introvert.Apa itu Ekstrovert dan Introvert.Klik sini untuk pergi ke entri Ekstrovert dan Introvert

Apa yang perlu anda lakukan???

Sekiranya anda melihat si dia sedang kusut,tertekan,menyendiri,dan menghadapi masalah, bertanya kepada mereka adakah mereka memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika.Jika si dia mengatakan ya,berikan masa kepada mereka sehingga mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.Tetapi jika mereka menggelengkan kepala,berikan juga masa..kerana mungkin mereka tidak mahu anda bersusah hati.


Berikan si dia masa untuk sendirian.Jangan ganggu hidupnya sehingga masalah yang mereka hadapi itu selesai.Lebih kurang anda mengganggu hidupnya ketika itu..lebih cepat masalah akan selesai.Dan lebih cepat si dia bersama anda..Anda pun tak sanggup tahan rindu lama-lama kan?


Mudah-mudahan entri kali ini dapatlah anda semua memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah.Jangan salahkan mereka kerana memang itu sikap seorang lelaki.Ingatlah,salah satu tips dalam berpasangan adalah saling memahami.Fahamilah sikap pasangan anda agar kamu berdua dapat membina sebuah hubungan percintaan yang bahagia..:)
Perhubungan Juga Seperti Roda
Written at Isnin, 12 Disember 2011 | back to top

Assalamualaikum kepada semua readers All About Love...


Dr rasa kita semua mungkin pernah mendengar bahawa kehidupan kita adalah seperti roda yang berputar.Sekejap berada di atas dan sekejap berada di bawah.Proses itu akan berulang-ulang seperti
roda yang berputar tanpa henti.

Bergitulah jua hubungan kita dengan pasangan.Ianya sama seperti kehidupan yang kita lalui.Kadang-kadang kita rasa gembira dengan pasangan kita.Tetapi ada masanya kita merasa sedih.


Macam-macam boleh berlaku ketika dalam berpasangan.Ketika 'roda' berada di atas,segalanya adalah kebahagiaan.Kita merasa gembira apabila dapat berjumpa bersama si dia,berjalan bersama-sama,menonton wayang bersama,berkongsi masalah dan cerita,dan meluangkan masa bersamanya.

Tetapi,apabila 'roda' berada di bawah,segalanya adalah kesedihan.Mungkin di sebabkan berlakunya perselisihan faham,terasa dengan sikap pasangan atau berkecil hati yang menyebabkan hubungan tidak manis dan hambar.Pada waktu itulah,kita baru menyedari bahawa tidak segalanya indah dalam berpasangan."Langit yang cerah tidak akan sentiasa cerah tanpa hujan dan mendung".

Bagaimana menghadapi ketika "roda" berada di bawah?

Setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri.Allah SWT tidak menurunkan hujan untuk menyusahkan hambaNya.Tetapi,adalah untuk kebaikkan hambaNya jika mereka mengetahui.Hujan yang turun adalah menyuburkan hasil tanaman,membasahkan tanah yang kering-kontang dan agar hambaNya dapat minum air yang diturunkan ke bumi.


Begitulah juga dengan keadaan apabila anda sedang mengalami masalah dengan pasangan anda.Apa yang berlaku mesti ada hikmahnya yang tersendiri.Pada waktu inilah anda perlu menilai perhubungan anda agar ianya dapat diperbaiki.Antara yang anda boleh lakukan adalah :-
  1. Muhasabah diri - Ambil peluang ini untuk muhasabah diri dan menilai diri anda.Cuba selidik semula sepanjang perkenalan,adakah anda pernah menyakiti hatinya??Adakah anda pernah membuat dirinya terasa,berkecil hati atau anda pernah berselindung sesuatu daripadanya??Selidik dan imbas kembali kesalahan-kesalahan yang pernah anda lakukan.
  2. Perbetulkan mana yang silap - Dalam muhasabah diri tu,sudah semestinya anda akan jumpa beberapa kesilapan yang pernah anda lakukan.Perbetulkan kesilapan itu,dan jangan ulangi semula.Walaupun anda tahu dia melakukan kesilapan kepada anda,perbetulkan diri dahulu sebelum memperbetulkan orang lain.
  3. Memohon maaf dan sedia memaafkan - Setiap kesalahan yang dibuat,jika anda ada terkasar bahasa,terlepas kata,mohon maaflah dari pasangan anda.Setiap insan sudah semestinya akan membuat kesilapan.Jalan yang terbaik adalah memohon maaf kepadanya.Namun begitu,anda juga perlu sedia memaafkan pasangan anda sekiranya dia memohon maaf kepada anda.Janganlah berdendam hati atau menyimpan hasad dengki kerana ianya amat menyakitkan.Maafkan kesalahannya agar anda merasa lega dan terlepas daripada amarah didalam dada.
  4. Jadikan apa yang berlaku untuk mematangkan perhubungan anda - Seperti yang dr katakan tadi,setiap yang berlaku ada hikmahnya.Pasti ada kebaikkan yang tersendiri.Ambil iktibar dari masalah tersebut agar ianya tidak berulang lagi dan dapat mematangkan perhubungan anda.Sekiranya perkara yang sama berulang kembali,ambillah jalan yang betul untuk selesaikan masalah tersebut agar ianya tidak menjadi lebih parah dan semakin teruk.
Apabila 'roda' sudah kembali di atas..


Dr tertarik untuk berkongsi sebuah kata-kata dari cerita Syurga Cinta









Tidak semestinya kesulitan yang dialami itu akan kekal selama-lamanya.Sudah semestinya kita akan berjumpa dengan kegembiraan dan kebahagiaan.


Tetapi jika anda berjaya mengharungi situasi ketika "roda" berada di bawah,jangan mudah lupa diri.Beringatlah ketika anda sedang bersedih,ketika anda berada dibawah.Jangan terlalu gembira dengan kesenangan yang diperoleh.Bersyukurlah kepada Allah SWT,kerana mengeluarkan anda daripada kesulitan yang dihadapi.


Anda perlu ingat,roda sentiasa berputar.Akan tiba masanya juga,anda akan kembali ke bawah semula.Pada ketika itu,kegembiraan tidak bermakna lagi.

Oleh itu,walau di mana keadaan anda berada,beringat dan bersyukurlah kepada Allah SWT.Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya.mudah-mudahan perhubungan itu akan kekal buat selama-lamanya.InsyaAllah....
82% Pasangan Lebih Mementingkan Rakan-Rakan Daripada Pasangan
Written at Ahad, 11 Disember 2011 | back to top

Assalamualaikum semua pembaca
Maafkan dr kerana sudah lama tidak membuat entri baru untuk readers..maklumlah busy sikit tetapi dr telah membuat satu tinjauan dan survey tentang tajuk ini....:)

Sebelum ini Facebook Dr.Cinta telah membuat soal selidik bagi mengetahui siapakah yang lebih penting dalam hidup mereka jika mereka di beri pilihan samada kawan-kawan ataupun kekasih

Soalan cepumas...

Mana lebih penting dalam hidup anda..? Kekasih atau kawan-kawan?




Seramai 482 orang yang telah menjawab (ada yang masih memikirkan jawapan) dan keputusannya seperti gambar diatas

Seramai 82% pasangan telah menjawab mereka lebih mementingkan kawan-kawan daripada kekasih sendiri. dan selebihnya 18% telah memilih untuk memmentingkan kekasih daripada kawan-kawan mereka sendiri..

Daripada analisa dr mungkin kerana kita mudah berkongsi cerita dan berbincang dengan kawan-kawan kita.Lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan yang sebaya atau dalam lingkungan umur yang sama dengan kita kerana mereka memahami perasaan dan situasi  yang di alami.

Berbeza dengan kekasih,dimana sesetengah perkara itu kita tidak dapat berkongsi dengan mereka.Lebih-lebih lagi perkara itu sensitif dan boleh membuat pasangan berkecil hati.Selain daripada itu..pasangan kita akan lebih menjaga perasaan dan tingkah laku mereka..membuatkan mereka kurang open apabila bersama mereka...

Apa pendapat anda..????

Kongsikan bersama di All About Love Page atau di FB Dr.Cinta