Hi! Enjoy Your Visit Here
Peringatan
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : No ripping, spamming, and any type of childish acts. Respect is a must.
Navigations

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
Name : Shiro
Heart Status : Taken
#Melepaslah korang *perasan*

Doing...
Blogging All Day

Tagboard

Kenangan Lalu
Disember 2010 | Januari 2011 | Februari 2011 | Mac 2011 | April 2011 | Mei 2011 | Jun 2011 | Julai 2011 | Ogos 2011 | Disember 2011 | Januari 2012 | Mac 2012 | November 2012 | Disember 2012 |

Cerita Cinta XIV : Aku Imam?
Cerita Cinta XIII : Perpisahan Yang Ku Pinta
Puisi XV : Fatamorganamu
Puisi XIV : Terhiris Luka
Cerita Cinta XII : Sesuci Cinta Aliya
Cerita Cinta XI : Sampai Syurga Kasihku Padamu
Surat Cinta Yang Berusia 4200 tahun Dari Sumeria
Puisi XIII : Hujan di Hati
Puisi XII : Lukisan Realiti
Puisi XI : Potret Wajah Di Hatiku

Music

Megumi Hayashibara - Trust You (OST Shaman King)

Surat Cinta Yang Berusia 4200 tahun Dari Sumeria
Written at Selasa, 17 Januari 2012 | back to top

Assalamualaikum semua pembaca setia All About Love



Surat cinta tertua di dunia yang pernah ditemukan ini, berasal dari sekitar masa 2200 SM di lembah Niffer 150 km dari kota Baghdad, Iraq. Penemuan ini berdasarkan penggalian arkeologi sekitar tahun 1889 oleh Noah Kramer Profesor dari Philadelphia University. Pada awalnya arkeolog menemukan sekitar 70 ribu artifak berbahasa Sumeria yang pada saat itu masih belum lagi dapat diterjemahkan pengertiannya dari bahasa tersebut.

58 tahun setelah penemuan tersebut, sumerolog (ahli bahasa Sumeria ) terkenal di dunia yang bernama Muazzez Longsor dan Hatice mencuba menerjemahkan maksud yang terkandung dalam artifak tersebut. Artifak tersebut berbentuk seperi plat yang diperbuat dari batu. Bila melihatnya, sebagai orang biasa yang tak tahu bahasa Sumeria, pasti kita tidak akan tahu maksud dan maksud disebalik surat tersebut.

Sebenarnya, surat ni ditulis oleh seorang pendeta tinggi bangsa Sumeria bernama Inanna yang ditujukan khas buat Sang Raja yang telah menjadi suaminya pada malam pernikahan mereka. 

Terjemahannya ke dalam Bahasa Inggeris :
Bridegroom, dear to my heart, 
Goodly is your beauty, honeysweet,
Lion, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet.
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.

Bridegroom, I would be taken by you to the bedchamber,
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Lion, I would be taken by you to the bedchamber.

Bridegroom, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey,
In the bedchamber, honey-filled,
Let me enjoy your goodly beauty,
Lion, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey.

Bridegroom, you have taken your pleasure of me,
Tell my mother, she will give you delicacies,
My father, he will give you gifts.
Your spirit, I know where to cheer your spirit,

Bridegroom, sleep in our house until dawn,
Your heart, I know where to gladden your heart,
Lion, sleep in our house until dawn.
You, because you love me,
Give me pray of your caresses,
My lord god, my lord protector,
My Shu-Sin, who gladdens Enlil’s heart,
Give my pray of your caresses.
Your place goodly as honey, pray lay your hand on it,
Bring your hand over like a gishban-garment,
Cup your hand over it like a gishban-sikin-garment.


p/s : budak2 sekarang mana main surat-surat cinta dah..SMS,chat,MMS,dan segalanya tak macam dulu.. peace..

sumber: Google
Puisi XIII : Hujan di Hati
Written at Jumaat, 13 Januari 2012 | back to top

Dulu
Aku selalu duduk di serambi hatimu
Menunggu saat kau datang
Membawa sekeranjang angan indah
Untuk kurangkai
Membunuh sepi dan sedih

Aku selalu berdiri membilang hari
Menunggu putaran itu berhenti
Rindu untukmu hampir menggunung
Hingga aku bingung
Kemana harus kubuang rindu ini?
Lalu kuambil sepotong rembulan untukmu
Kuletakkan tepat disampingmu
Agar kau bisa membisikkan kata rindu untukku

Saat ku papah matahari
Yang sarat mengusung jutaan sakit
Bintang pula membuka percakapan
Tentang cinta tertunda
Tentang duka nestapa
Tentang segala di dunia
Yang sering mengundang sejuta resah

Saat aku mengusir kegelisahan didada
Giliran ribut menghias malammu
Bulan dan bintang harus diam

Walau aku takut barangkali
Kerana,
Tak lama lagi titik hujan
Bakal membeku dimataku




Puisi XII : Lukisan Realiti
Written at Khamis, 12 Januari 2012 | back to top



Sejenak ku terbayang masa lalu

Bagai camar terbang tinggi
Di awan di langit membiru
Bebas memburu rindu



Mencari bayangan sinar harapan
Mewarnai sayap yang belum terlukis
Wajah kerinduan



Kini hadir bayangan itu
Bersama sinar yang diharapkan
Menjadi lukisan realiti
Terpahat di sayap tunjang hidupku
Membawaku terbang di awangan indah
Beriringan mencari destinasi


Betapa bahagia tidak terucap
Oleh hati yang berbunga
Mekar mewangi menghiasi 
Taman asmara

Inginku tetap beriringan
Bersamamu menuju
Destinasi akhir kehidupan
Walau menuju ke dasar
Mahupun meninggi di awan

Tiadaku sanggup memadammu
Dari terlukis disayapku
Tetap tergambar wajahmu
Mewarnai lukisan realiti cintaku...
Puisi XI : Potret Wajah Di Hatiku
Written at Selasa, 10 Januari 2012 | back to top

Mata ku terlekat pada potret wajah
Seakan ada tarikan di situ mengamit
Tapi mata tak betah menatap lama
Terselit segan merona malu
Ku bayangkan segala gerak rasa
Ku cuba tafsir sebalik senyum yang tergambar
Seakan ia terkandung jutaan rahsia
Yang sukar untuk ku ungkai
Penuh misteri..

Mata ku melekat lagi pada potret wajah
Renungan matanya seakan
Menikam tembus ke dalam mata ku
Terasa tersekat nafas ku
Pesona kilauannya menusuk jiwa
Merona malu jadinya..
Perasaan apakah ini?

Terleka aku menatap bayangan potret wajah
Terimbau saat-saat ku melakar kisah
Ku bongkar segala halusinasi
Mengikut rentak denyut nadi
Mengirai persatu alunan gemersik jiwa
Ku bayangkan kilauan mu di alam maya
Yang pasti tak mungkin ku temui
Dalam perjalanan realiti sebuah kehidupan..
Mustahil bagiku mengapai bintang di langit
Mengharap bulan jatuh ke riba..

Ku tatap sekilas potret wajah
Terpaku aku kerna kilauannya mempesona
Tarikan dirinya bagai bersatu di setiap
Lakaran kisah yang ku gambar
Rentaknya serasi dengan alunan jiwa
Seakan dirinya laksamana cinta
Puteri khayalan ku..
Ku simpan diam potret wajah dalam sudut hati ku..
Puisi X : Siulan Deru Angin
Written at Sabtu, 7 Januari 2012 | back to top

Deru angin malam,
Menghempas jendela kala sunyi
Mencipta siulan nyaring,
Bagai seruling ditiupi...


Kehadirannya merungsingkan,
Para insan yang masih sedar,
Dari mimpi kala beradu,
Khabar apakah yang dibawa oleh deru itu?


Adakah sang hujan akan membasahi bumi?
Ataukah ia hanya sekadar alam?
Yang berbahasa kepada penghuninya,
Yang belum lena diulit mimpi..

Kedinginan menyerbu ruang kamar,
Dipenuhi udara malam yang dibawa deru angin,
Tubuh yang dibaluti perca,
Ditusuk kedinginan malam,
Kengiluan menjalar di setiap pelusuk tubuh.

Jendela ditutupi...
Menghalang perjalanan deru angin yang nyaring,


Dengan harapan...
Tiada lagi tusukan dingin.


Namun deru angin masih nyaring kedengaran,
Melahirkan kebimbangan dan pertanyaan,
Mengapa alam berbahasa sedemikian rupa?
Apakah berita yang ingin disampaikannya?


Kepada penghuni alam?
Khabar hujankah yang dibawa?
Atau siulan rindu yang dikirim oleh deru angin
Dari penghuninya yang sedang merindu....
Perbezaan Umur Dalam Percintaan
Written at Jumaat, 6 Januari 2012 | back to top

Assalamualaikum semua pembaca All About Love


Age is just a number. Memang, umur hanyalah mainan angka. Jadi, apakah salahnya jika pasangan berbeza umur?
Tidak salah, Cuma masyarakat mempunyai pelbagai pandangan berkenaan pasangan yang berbeza umur. Sekilas pandang seperti anak dan ibu, ataupun anak dan ayah. Buruk rupanya, gadis muda berpegangan tangan dengan jejaka yang jauh lebih berusia, ataupun wanita berusia berpelukkan bersama jejaka yang jauh lebih muda. Jika dahulu orang akan menyangka itu adalah sanak saudara, tetapi kini masyarakat akan bertanggapan yang mereka adalah pasangan kekasih. Wanita muda yang bersama jejaka sebaya bapanya hanya cintakan wang milik jejaka itu, dan bukan jejaka itu sendiri. Lelaki yang jauh lebih muda daripada pasangannya juga dianggap begitu. Persepsi yang agak kejam, pada pendapat dr. Seolah-olah setelah umur meningkat, seseorang itu tidak layak dicintai.

Perkara biasa bagi masyarakat adalah pasangan dimana lelaki lebih berusia berbanding wanita. Tetapi yang sebaliknya sukar pula diterima. Kononnya lelaki matang lebih lambat daripada wanita menjadi alasan utama. Lebih berusia disini kurang daripada lima tahun lebih tua. Jika terlalu tua, masyarakat masih mempunyai keraguan terhadap penerimaannya. Tidak kurang yang mencemuh hubungan berbeza usia dan ada juga yang menyokongnya. Malahan, sudah ramai yang terjebak ke dalam hubungan jenis ini. Pasangan selebriti terkenal yang jauh berbeza umur seperti Demi Moore dan Ashton Kutcher, Michel Douglas dan Catherine Zeta Jones, dan sebagainya.
Mengapa  mencari pasangan yang lebih tua/lebih muda? Apa kurangnya pasangan sebaya? Tiada kurangnya, tetapi masing-masing mempunyai sebab tersendiri. Mungkin disebabkan minat yang sama, keperluan yang sama, pasangan lebih muda mencari kematangan pada pasangan pilihan.
Orang juga memandang akan kesan buruk hubungan berbeza umur. Tetapi ini adalah penilaian yang tidak adil. Dalam mana-mana hubungan pasti wujud salah faham. Semua hubungan mempunyai kesan buruk tetapi bergantung kepada cara kita menanganinya.
Bagi dr, jika sudah suka, apalah sangat had umur berbeza? Bukankah asas suatu hubungan berjaya adalah minat yang sama dan komunikasi? Maka, tiada salahnya hubungan pasangan berbeza umur. Malahan, masyarakat seharusnya membuka minda kepada hubungan antara pihak yang berbeza umur.

Bagaimana pula dengan pendapat pembaca?suarakan pendapat anda di ruang komen atau chat di sebelah kiri blog ini ya..:)
Peluang Kedua?Perlu Atau Tidak?
Written at Khamis, 5 Januari 2012 | back to top

Assalamualaikum semua pembaca All About Love
Mengikut survey yang dr jalankan di facebook mengenai tajuk ” Patutkah diberikan peluang yang ke-2 ” pada pasangan yang telah melakukan kesilapan, kesalahan serta menyakiti hati dan perasaan kita. Hasil daripadanya menunjukan hampir 96% yang tidak bersetuju.
Kenapa begitu?
Mengikut kajian dan pengalaman dr sebelum ini, mereka yang meminta untuk diberikan peluang bagi menebus kesilapan cintanya adalah orang yang telah dikecewakan oleh pasangan barunya dan sanggup untuk berpatah arah pada kita semula. Sedangkan mereka ini tidak terfikir langsung perasaan, kekecewaan, kelukaan yang kita alami sebelum ini.
Janganlah sesekali kita mengambil risiko semata-mata belas kasihan yang mereka tonjolkan kerana takut perkara yang sama akan berulang kembali. Tetapi ingatlah usahlah menghina atau menolak mentah-mentah sebaliknya terima mereka ini sebagai kawan sebab Allah s.w.t melarang dan membenci umatnya yang memutuskan silatulrahim sesama manusia walaupun kita pahit hendak menelannya.
Jika kita lihat ada juga segelintir pasangan yang sanggup menerima semula dan diberikan peluang dalam hubungan cintanya. Ya tidak salah kalau kita melakukan demikian tetapi harus melihat keadaan dan masa ketika perkara itu terjadi sebagai contoh -
Sekiranya perkara diatas terjadi, seelok-eloknya fikir sedalam-dalamnya kenapa mereka lakukan semua itu dan kita pula seharusnya berikan mereka ini peluang ke-2 untuk menebus kembali kesilapan yang telah mereka sedari.
Macam mana dengan pandangan dr mengenai artikel yang dibincangkan dan dr pasti anda juga mempunyai pandangan yang berlainan serta berbeza dengan apa yang dr berikan. Dr sangat berbesar hati sekiranya anda dapat berikan pandangan itu didalam ruangan komen disebelah kiri sebagai sumber rujukan pembaca blog ini. 
Cinta Adalah Motivasi Terhebat
Written at Rabu, 4 Januari 2012 | back to top

Assalamualaikum semua pembaca All About Love

Kita bercinta sejak lahir.Sudah terlalu banyak definisi tentang cinta. Terutama filem-filem hindustan. Cinta telah diberikan mekap yang cukup mengasyikkan.Cinta suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung. Manusia membina sahsiah di muka bumi bermodalkan kasih sayang dan cinta.

Cintalah segalanya bagi orang yang sedang bercinta. Cinta menjadi jambatan penghubung kepada dua hati yang asalnya terpisah dan saling tidak mengerti.

Cinta adalah motivasi terbaik manusia. Manusia telah ditebarkan di muka bumi dengan dibekalkan rasa cinta. Cinta telah menemukan kembali adam dan hawa. Melalui cintalah manusia membina sahsiah dan menjadikan alam ini tempat yang terbaik untuk didiami.

Jika cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu dari nikmat Allah telah tercabut daripada anda. sedang cinta salah satu nikmat teragung Allah terhadap hambanya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah nula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda.

Orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan.

Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia bermula dan sentiasa. saat bermulanya cinta adalah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia. Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakannya. Tatkala itu cinta benar-benar menjadi motivasi yang terhebat. andainya lautan api direntangkan di tengah-tengah, masih sanggup direnangi untuk menggambarkan betapa cinta begitu memotivasi dan perlu bukti. Tiada lagi rasa teragung kecuali cinta.

Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan dan semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan. Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta, memperolehi cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di bawah kebesaran Allah.

Biar tinggi martabat cinta, ada cinta yang seolah-olah telah hilang keramatnya. Adakalanya cinta yang suci dan penuh makna itu menjadi barang terbuang, berciciran di mana-mana, dilorong-lorong, di bawah rimbunan pepohon dan apatah lagi apabila malam telah melabuhkan tirainya. 

Manusia-manusia durjana berebut-rebut mengutip bunga cinta yang berkeliaran dan bersimpang siur itu. Harga diri dipertaruhkan dan dicagarkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu yang tidak mengenal iman dan kehormatan.

Entah di mana silapnya cinta yang sepatutnya menjadi lambang kebahagiaan, kedamaian dan keamanan manusia sejagat adakalanya menjadi pemusnah. Cinta hadir daripada ketrampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang wanita akan menunjukkan sikap, penampilan serta gerak laku yang sentiasa menyakinkan insan yang dicintainya itu.

Cinta yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh bahagia. Sebagaimana ia bermula, cinta seharusnya berkekalan sedemikian rupa sehinggalah ke penghujungnya. Cinta tidak harus dinodai oleh perlakuan-perlakuan kejam, tidak bermoral dan juga yang mencarik kesucian cinta itu sendiri. Andainya cinta boleh dikekalkan sebagaimana ia bermula, bahagia adalah jawapan untuknya.

Kejayaan sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada suci dan murninya cinta yang dipermodalkan. selama mana cinta dapat dipertahankan pada kedudukannya selama itulah bahagia akan menjadi penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak dihargai, kehidupan akan berpaling ke tahap terendah. Jawapannya derita tanpa penyudah.

Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam setiap insan. Cinta sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasai dan diberikan kepada individu yang berhak. Meniti di atasnya bererti meniti di atas bahagia.

Tiada lagi suatu rasa pun yang boleh memotivasikan manusia kecuali rasa cinta dan bahagia. Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagialah lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Dengan cinta dan bahagialah matlamat kehidupan insan menjadi sempurna. Tanpa kedua-duanya, semua kelihatan tercabut dari hasrat, kehendak, sasaran, target dan cita-cita yang murni.

Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia.

Cinta murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta telah membuatakan manusia bangkit membina kehidupan yang terbaik. Alangkah bodohnya orang yang menjadikan cinta jambatan untuk membina kesusahan.
Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya. Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapannya adalah kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan.
Begitulah seharusnya cinta………..

p/s sorry dr bebel panjang2...xD

Apabila Martabat Hubungan Cinta Terletak Pada Nilai Wang Ringgit
Written at Selasa, 3 Januari 2012 | back to top

Assalamualaikum semua pembaca All About Love


Mengapa perlu risau jika wang dapat membeli segala- galanya, dan mengapa perlu bersusah payah jika wang boleh menyelesaikan masalah cinta anda. Adakah anda perlu risau lagi apabila anda rasakan anda sudah miliki hampir semua keinginan dan impian anda dengan wang?
Mari sama- sama sedar bahawa…
“Wang bukan segala-galanya tetapi, segala-galanya memerlukan wang”
Hampir semua masalah di dunia boleh diselesaikan dengan wang ringgit. Namun, tanya diri anda, adakah hubungan cinta anda mampu dibeli dengan wang ringgit? Adakah setiap permasalah cinta anda perlukan nilai wang untuk menyelesaikannya?
Adalah tidak sihat apabila pehubungan cinta anda yang bertahan disebabkan wang ringgit dan kebendaaan semata- mata. Bayangkan, untuk memujuk pasangan anda yang merajuk anda perlu belikan sesuatu yang berharga untuknya. Memang pembelian hadiah adalah salah satu cara untuk memujuk pasangan anda yang merajuk tetapi, jika setiap kali pujukan memerlukan wang anda untuk membeli hadiah adakah perkara ini sihat?
Jika tiada hadiah maka hubungan cinta putus. Jelas sekali keadaan ini membuktikan hubungan cinta bertahan disebabkan nilai wang dan kebendaan. Hubungan cinta seperti ini perlu diperbakai secepat mungkin sebelum menemui jalan buntu yang mendorong ke arah perpisahan. Selamatkan hubungan cinta anda selagi masih sempat.

Meluahkan Perasaan Kepada Seseorang,Susahnya.....
Written at Isnin, 2 Januari 2012 | back to top

Assalamualaikum semua pembaca All About Love


Memberitahu seseorang bahawa kita cinta kepadanya lebih memberi tekanan daripada pergi temuduga kerja.
Temuduga kerja hanyalah berkenaan dengan diterima atau tidak dan ianya berakhir sebaik sahaja kita mendapat jawapannya. Memberitahu seseorang kita cinta padanya sangat-sangat berbeza. Ini adalah kerana selepas menerima keputusannya, berbagai kemungkinan boleh berlaku. Si dia mungkin menjauhkan diri atau kita mungkin akan diajukan dengan soalan-soalan yang lebih susah dari soalan-soalan STPM.
Bersedialah! Anda perlu bersedia sebelum memberitahu seseorang anda cintakannya. Jika tidak, ianya mungkin akan berakhir dengan teruk. Antara beberapa faktor yang perlu anda mengambil kira adalah :
Nilaikan peluang anda. 
Perhatikan gerak badannya dan tutur katanya apabila berhadapan dengan anda. Lakukan beberapa ujian kecil. Jika peluang anda kurang dari 80%, tangguhkannya dahulu.
Sediakan alasan. 
Soalan paling popular yang akan diajukan kepada anda ialah “kenapa awak menyintai saya?”. Anda perlu mempunyai jawapan atau alasan yang paling baik. Jangan sekadar mengatakan ianya adalah kehendak takdir.
Masa yang sesuai. 
Pilihlah masa yang sesuai untuk memberitahu si dia. Pastikan juga si dia berada didalam mood yang baik. Hujung minggu yang tenang mungkin merupakan waktu yang sesuai untuk anda memberitahunya.
Tunjukkan kejujuran. 
Ianya sangat-sangat penting. Bergayut di telefon atau ber SMS mungkin boleh menimbulkan keraguan. Beri sepenuh perhatian dan pastikan mata anda memandangnya. Jadikannya istimewa. Pilihlah tempat yang romantik dan sesuai seperti restoran, tepi pantai dan sebagainya.
Senyum. 
Katakanlah dengan nada yang lembut dan senyuman yang manis.
Akhir sekali, anda haruslah bersedia untuk menghadapi kemungkinan cinta anda di tolak. Mungkin si dia lebih selesa menganggap anda sebagai teman biasa. Relakannya dengan sikap yang terbuka dan matang. Jangan memaksa atau marah. Ini akan membuatkan si dia takut dan terus menghilangkan diri dari hidup anda. Berikan sedikit ruang kepadanya, perbaiki kelemahan yang ada dan cuba sekali lagi apabila tiba masa yang sesuai.
Kepada anda yang masih lagi mencuba… selamat berjaya!
Hubungan Cinta Tidak Direstui Kedua Ibu Bapa, Kenapa Boleh Berlaku?
Written at Ahad, 1 Januari 2012 | back to top

Assalamualaikum semua pembaca All About Love


Memiliki hubungan cinta yang bahagia antara lelaki dan perempuan merupakan satu impian setiap manusia didunia ini. Bagi mereka, ia tidak perlu digambarkan lagi kegembiraan dan kebahagiaan yang sememangnya akan terpancar dari raut wajahnya apatah lagi sekiranya hubungan cintanya berakhir di alam perkahwinan.
Tetapi adakah hubungan cinta mereka itu direstui?. Restu kedua ibu bapa adalah amat penting jika mahu melihat perhubungan cinta atau kebahagiaan rumahtangga mendapat keberkatan serta bertahan sehingga akhir hayat.
Ramai dikalangan remaja kita yang tidak mengendahkan perkara ini, bagi mereka setelah diijab kabul ataupun telah sah menjadi suami isteri sudah cukup untuk menikmati alam berumahtangga sedangkan dalam islam mengajar kita supaya restu kedua ibu bapa perlu diutamakan dalam apa jua perkara yang dilakukan bukan sahaja dalam hubungan cinta dan alam perkahwinan.
Persoalannya kenapa ramai dikalangan kedua ibu bapa yang tidak merestui hubungan cinta anaknya sedangkan calon menantu yang ditunjukkan bukannya seteruk mana yang disangkakan. Jika perkara demikian terjadi kepada anda, disini dr ada senaraikan 5 perkara kenapa hubungan cinta tidak direstui oleh kedua ibu-bapa. Semoga ia boleh dijadikan rujukan kepada anda nanti :
-          Ibu bapa kita telah mempunyai pilihanya sendiri :
Walaupun secantik mana gadis yang kita bawa pasti tidak akan diterima oleh ibu bapa kita kerana mereka telah memilih atau mempunyai jodoh yang sesuai dan mungkin juga telah berpakat sesama rakan-rakan atau saudara-mara yang akan satukan kita dengan anaknya apabila meningkat dewasa.
-          Status yang berlainan :
Perkara ini sering terjadi pada masyarakat kita sekarang, dimana kedua ibu bapa sangat mementingkan status pada menantunya. Tidak kira status dalam apa juga sekalipun seperti status negerinya, status agamanya, status taraf ekonominya, status perkahwinan dan sebagainya.
-          Jarak usia yang berlebihan :
Sebenarnya cinta tidak pernah mengenal erti usia jika sudah ditakdirkan dia adalah jodoh kita walaupun usianya melebihi daripada kita sendiri kerana ia telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Cuba lihat bagaimana Baginda Rasullulah yang usia 25 tahun berkahwin dengan Siti Khatijah yang usia 40 tahun dan hidup bahagia tetapi masih juga tidak boleh diterima segelintir ibu-bapa kita.
-          Tidak pandai mengambil hati
Mungkin kedua ibu-bapa kita telah berusia 50 tahun keatas dan mungkin mereka juga mengalami perubahan dari segi emosi atau sedikit sensitif. Oleh itu pasangan kita haruslah pandai untuk mengambil hatinya supaya mereka dapat menerima pasangan kita seadanya.
-          Tiada adab pada orang tua
Ini perkara yang paling dititik berat oleh kedua ibu-bapa kita, walaupun pasangan kita tidak secantik mana, tidak memiliki kekayaan atau sebagainya kerana itu semuanya tidak dipandang oleh kedua ibu-bapa kerana yang menjadi keutamaanya adalah adap dan tatasusila yang tinggi bagi menjamin kebahagiaan rumahtangga pada masa akan datang.
Sebenarnya ada juga beberapa faktor lain yang boleh berlaku kenapa hubungan cinta tidak direstui oleh kedua ibu bapa kita kerana senarai yang dikongsikan oleh dr ini berdasarkan pengalaman yang pernah dr lalui daripada kawan-kawan. Bah kata pepatah – Setiap orang mempunyai ragamnya sendiri, Setiap orang lain pembawakan masalah.
Sekiranya anda mempunyai masalah seumpama ini dan tidak tersenarai seperti diatas diharap kongsikan ia pada ruangan komen disebelah kiri blog ini supaya dr atau pembaca blog ini dapat mengatasinya bersama.