Hi! Enjoy Your Visit Here
Peringatan
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : No ripping, spamming, and any type of childish acts. Respect is a must.
Navigations

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
Name : Shiro
Heart Status : Taken
#Melepaslah korang *perasan*

Doing...
Blogging All Day

Tagboard

Kenangan Lalu
Disember 2010 | Januari 2011 | Februari 2011 | Mac 2011 | April 2011 | Mei 2011 | Jun 2011 | Julai 2011 | Ogos 2011 | Disember 2011 | Januari 2012 | Mac 2012 | November 2012 | Disember 2012 |

Cerita Cinta XIV : Aku Imam?
Cerita Cinta XIII : Perpisahan Yang Ku Pinta
Puisi XV : Fatamorganamu
Puisi XIV : Terhiris Luka
Cerita Cinta XII : Sesuci Cinta Aliya
Cerita Cinta XI : Sampai Syurga Kasihku Padamu
Surat Cinta Yang Berusia 4200 tahun Dari Sumeria
Puisi XIII : Hujan di Hati
Puisi XI : Potret Wajah Di Hatiku
Puisi X : Siulan Deru Angin

Music

Megumi Hayashibara - Trust You (OST Shaman King)

Cerita Cinta III : Di Sempadan Hijab
Written at Khamis, 28 April 2011 | back to top

Kepalaku terasa sakit, aku berdiri dan membuka mataku perlahan-lahan cuba melihat keadaan sekeliling. Aku dikelilingi kepulan asap seakan-akan kepulan awan. Dimanakah aku berada? Baru sebentar tadi aku cuba untuk memetik bunga Ros yang cantik berwarna ungu. Aku bingung memikirkan apa yang telah berlaku. Jiwaku bercelaru.
"Jangan bimbang Hidayu.. aku yang bawa kamu kemari", aku lantas berpaling kearah suara itu. Seorang lelaki perkasa berdiri di belakangku, tersenyum segak. Pakaiannya seakan-akan pahlawan kurun ke-15. "Kenapa awak bawa saya ke sini?", soalku gentar. "Aku sudah lama perhatikanmu Puteri ku", jawabnya jujur sambil menundukkan wajah ke tanah. "Tapi kenapa?", soalan ku tidak terus dijawab. Dia lantas datang ke arah ku berwajah serius, "Kerana aku cinta kamu". Aku membeliakkan mata. Dia tersenyum lalu memetik bunga Ros berwarna ungu yang berada di sebelah ku lalu memberikannya kepada ku. "Petiklah bunga ini jika kamu ingin bertemu dengan ku, keluarlah mengikut arah cahaya itu", katanya sambil menunding jari ke arah cahaya putih yang menyilaukan mata. Aku memandang ke arah cahaya itu dan berpaling semula ke arahnya, dia telah pun ghaib dari pandangan. Aku yang masih lagi kebingungan lantas berlari melalui cahaya putih tadi. Mataku terasa sakit. Aku memejamkan mata, terasa pawana meniup halus melanggar pipiku. Aku membukakan mata, kelihatan kanak-kanak berlari anak dihadapan rumahku. Disinilah tempat terakhir aku berdiri sebelum di bawa ke sempadan hijab sana. Entah apa nama tempat tadi aku pun tak pasti, yang pasti aku masih lagi dalam kebingungan. "Kerana aku cinta kamu", kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Siapakah pemuda tadi? Bila masa pula dia memerhatikan aku? Seingat aku, aku tak pernah pun melihat dia di kampung ini. Dalam aku berkira-kira akhirnya aku terlena.
Pagi itu setelah selesai menolong ibu mengemas dan memasak, aku pergi lagi ke belakang rumah."Petiklah bunga ini jika kamu ingin bertemu denganku", suara pemuda itu seakan angin yang meniup datang memperingatiku. Aku tercari-cari bunga Ros ungu itu. Aku harus bertemu dengan pemuda itu, aku mahu kan jawapan darinya. Mataku meliar tercari-cari bunga itu. Akhirnya mataku tertumpu ke arah bawah pohon beringin, bunga Ros ungu itu bercahaya seakan-akan memanggilku agar segera memetiknya. Aku mempercepatkan hayunan langkah, sampai sahaja betul-betul dihadapan bunga itu terus sahaja aku memetiknya. Terasa dingin menyelubungi diri, keadaan sekitar berubah seakan-akan berada di dalam sebuah taman yang cukup indah."Assalamualaikum Puteriku", suara pemuda kelmarin kedengaran lagi. Aku berpaling dan disambut senyuman manis olehnya. "Walaikumsalam", aku hanya tersenyum tawar. "Aku tidak menyangka kamu akan kembali lagi ke sini Hidayu", katanya sambil menyilangkan tangannya kebelakang."Saya cuma nak penjelasan dari awak, kenapa awak cakap yang awak cintakan saya?", soalku keliru. Senyuman manisnya dilemparkan ke arah air terjun yang sedari tadi turun mencurah-curah. Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara, "Aku sudah lama memerhatikanmu Hidayu, kau cantik dimataku". "Tapi saya tak nampak awak pun, kenapa selepas petik bunga Ros ungu baru boleh nampak awak?", soalku bertalu-talu. "Kerana kita dipisahkan oleh dua hijab yang berbeza.. Namun cinta tak mengenal siapa", jelasnya lagi. Aku terdiam mengerti. "Ayuh kita ke rumahku", pelawanya tersenyum kacak. Aku hanya mengikutinya tanpa banyak bicara.
"Inikah gadis yang kau maksudkan itu Iskandar?", soal seorang wanita separuh abad dihadapanku. 'Oh, Iskandar namanya', getus hatiku. "Ya bonda, inilah Hidayu gadis pilihanku", jawabnya penuh adab sopan. "Kau harus mengerti, kita berlainan dunia anakku", wanita itu seakan memujuk. "Tiadalah yang lain mampu untuk ku cintai bonda", suara Iskandar mendatar. Aku hanya terdiam memandang kedua beranak itu berdialog. "Tak mengapalah marilah kita menjamu selera dahulu", wanita itu mempelawa. Kami menuju ke dapur dan menikmati hidangan makanan tengahari, anehnya makanannya sama seperti makanan penduduk di dimensi ku. Terataknya juga sama, tidak jauh beza. Cuma pertuturan mereka seakan-akan di zaman Hang Tuah. Aku seakan teruja, langsung tidak menyangka dapat melihat sendiri kehidupan makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar ini. Subhanallah, begitu besar kuasa Allah pencipta.
Iskandar membawa ku bersiar-siar di taman, dia menghadiahkan ku sebentuk cincin emas yang sangat cantik. "Inilah tanda kasih ku padamu Hidayu", katanya jujur tersenyum kacak menampakkan lesung pipit di pipi kiri nya. Aku hanya tersenyum dan seakan sudah jatuh cinta. Manakan tidak, dia melayani ku bagaikan seorang puteri. Tutur katanya lembut dan sopan. Ayat-ayat cinta yang keluar dari mulutnya membuatkan aku seakan dihanyutkan lautan samudera."Hidayu, hari sudah petang eloklah kiranya kamu pulang dahulu", katanya jujur. Aku hanya mengganguk tanda setuju dan mengikutinya ke tempat bercahaya terang itu. Aku berpaling memandangnya sebelum melangkah kearah cahaya, "Is, aku juga cinta padamu". Ternampak garis-garis gembira pada riak wajahnya, aku berpaling dan berlalu pergi.
Aku muncul di bawah pohon beringin, nasib baik lah hari masih cerah. Kalau tidak Ibu dan Ayah pasti mengesyaki sesuatu. Aku cepat-cepat menuju ke rumah, Ayah dan Ibu masih di ruang tamu."Ayu, kamu kemana? Dah dua hari asyik hilang macam tu aje, dah nak dekat maghrib baru nampak batang hidung". Ayah sudah mula menyoal. "Ayu jalan-jalan ke rumah kawan", jawab ku lalu terus masuk ke dalam bilik. "Jangan ke belakang rumah sudah, tempat tu bukannya elok", kata Ibu pula menyambung. Aku hanya buat tak endah, biasalah orang tua-tua sengaja menakut-nakutkan anak mereka sebagai peringatan supaya berhati-hati.
Malam itu aku terus masuk tidur sedangkan keluargaku menjamu selera di dapur, aku mengenggam erat cincin pemberian Iskandar yang berbentuk seakan-akan bunga Ros ungu di belakang rumah. Wajah Iskandar menerpa di ruangan mata ku, senyuman manisnya menyerikan hidup ku dan cintanya memenuhi kekosongan hati ku. Iskandar sungguh istimewa, tidak ada seorang pun lelaki sepertinya. Dia sempurna di mataku.
Matahari menerjah di tingkap bilik menyilaukan mata ku, aku terus bangun bersiap-siap untuk bertemu dengan Iskandar kekasih hati. Melihatkan Ibu dan Ayah tiada, aku terus ke bawah pohon Beringin dan memetik lagi bunga Ros ungu untuk ke sebelah hijab sana. Iskandar masih setia menunggu ku di tempat yang sama, kami seakan terlena dibuai cinta dua dimensi yang berbeza. Begitulah setiap hari kami bertemu, sedar tak sedar sudah hampir sebulan kami memadu asmara, kasih ku padanya sudah tak terhitung banyaknya. Iskandar juga begitu, setiap saat berjanji untuk sehidup semati bersama dan meminta agar aku sentiasa setia dengan cinta kami.
"Hidayu, sudikah kamu menjadi suri hidupku?", soalnya tiba-tiba. Aku hanya tersenyum malu lalu melangkah menuju ke arah air terjun yang jernih. Iskandar mengikuti ku dari belakang. "Mengapa kamu berdiam diri?", soalnya seakan cemas. "Is. . saya beri jawapan esok boleh?", kataku meminta kebenaran. Iskandar hanya mengganguk perlahan dan tersenyum manis tanpa memaksa. Itulah sikapnya yang membuatkan aku jatuh cinta. Dia benar-benar seorang lelaki yang budiman dan berpegang teguh pada ajaranNya. Setiap hari pasti aku diajak berjemaah bersama dia dan ibunya di rumah.
Malam itu selepas makan malam, aku terus melangkah laju ingin menuju ke kamar. Tiba-tiba sahaja Ayah memanggil ku. "Ayah nak tanya sedikit, ayu buat apa kat belakang rumah siang tadi?", soal Ayah serius, Ibu yang duduk di sebelah Ayah pula tiba-tiba menitiskan air mata. "Ayu jalan-jalan Ayah", jawabku tersekat-sekat. "Jangan tipu, ayah nampak Ayu pergi ke pohon beringin petik sesuatu.. tapi Ayah tak nampak pun apa yang Ayu petik, lepas tu tiba-tiba ghaib", terang Ayah yang membuatkan ku terkedu seketika. Aku menelan liur. Tembelang ku sudah pecah. "Ayu tahu tak bawah pohon beringin tu tempat orang bunian?", soal Ayah lagi. Aku hanya mengganguk tanda faham. "Maknanya Ayu dah jumpa orang di sebelah sana?" Aku mengganguk lagi. "Ayu tahu tak kalau ada yang berkenan dan kahwin dengan Ayu, mungkin Ayu tak boleh balik ke dimensi kita lagi?", ayah memandangku sayu. "Pernah terjadi di dalam keluarga kita Ayu, nenek Su kamu tidak pernah lagi pulang ke sini sejak berkahwin dengan orang di sebelah sana", ibu menambah. Kali ini aku terkejut besar, bagaimana kalau ianya terjadi kepadaku? Apakah aku sanggup meninggalkan keluarga sendiri demi cinta terhadap lelaki yang berlainan dimensi? Aku memandang sayu cincin pemberian Is, tak semena-mena air mataku jatuh membasahi pipi. Ayah menghampiriku dan mengusap lembut rambutku. Ibu juga datang menghampiri untuk melihat keunikkan cincin dimensi sana.
"Pulangkan semula cincin ini, Ayah doakan kamu selamat pulang", ujar Ayah yang mengiringi ku ke pohon beringin. Aku memetik bunga Ros ungu lalu ghaib di mata Ayah. Iskandar hadir dengan sekuntum bunga Ros ungu, dia kemudiannya menghadiahkannya kepada ku. "Jawapanmu?", soalnya tidak sabar. "Is, saya cintakan kamu", kataku sayu. Tidak semena-mena air mata ku jatuh berlinangan.
Iskandar menghampiri dan mengusap lembut pipiku. "Mengapa?", soalnya kehairanan. "Iskandar, kita berasal dari dua dunia yang berbeza.. saya tak mahu berpisah dengan keluarga", jelas ku sayu. "Mana mungkin aku mampu hidup tanpa kamu Hidayu", suara Is terketar-ketar menahan sebak. "Sungguh aku menyintaimu", sambungnya lagi. "Saya pun begitu, tapi kita tak dapat melawan hukum alam sayang", jelasku sambil mengesat air mata yang sedari tadi turun mencurah-curah. Lalu ku memulangkan semula cincin pemberiannya. "Hidayu, benarkah keputusan mu begitu?", soalnya serius. Aku hanya mengganguk perlahan, esakan semakin kuat. Iskandar menghampiriku, dia memegang bahu ku lalu mengucup dahi ku tanda kasih. Aku memejamkan mata seeratnya, terasa titisan air mata Iskandar hangat membasahi dahi ku.
Aku membukakan mata, ternyata aku sudah kembali ke alam nyata. Ayah dan Ibu sedang menanti di belakang rumah, aku memandang sayu ke arah pohon beringin, tiada lagi Ros ungu disitu. Yang masih berbekas hanyalah titisan air mata Iskandar di dahiku. Sambil berlari anak menuju ke rumah, aku menangis semahunya. Hatiku hancur berkecai saat meminta perpisahan dari nya, aku terlalu menyayangi Iskandar. Ingin sahaja aku mengundurkan masa yang masih berbekas tadi menatap puas wajahnya yang bersih itu. Aku menoleh semula ke arah pohon beringin tadi. Ternyata Iskandar ada di situ melambai sayu, kelihatan titis-titis jernih terbit dari kelopak matanya. Semakin lama susuk tubuhnya semakin kabur lalu hilang dari pandangan. Sukarnya untuk ku berpisah denganmu Iskandar, ternyata cintamu berbekas di hatiku.
Perlu Ke Nak Berahsia Dengan Pasangan Kita
Written at Rabu, 27 April 2011 | back to top

Setiap pasangan mempunyai cerita yang tersendiri. Ada yang kalau boleh, mahu je menceritakan segala apa yang berlaku kepada pasangannya. Kalau tidak pun, menceritakan apa yang dia makan, apa yang dia rasa, apa perasaan dia pada ketika itu dan macam-macam lagi. Tetapi, tidak semua yang perlu kita beritahu bukan?
Memang tidak salah untuk berahsia tetapi janganlah sampai menipu. Sekiranya anda melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh pasangan anda, memang la kita patut tidak menceritakan kepadanya. Ini bagi mengelak hubungan kita menjadi masalah. Tetapi sekiranya dia dapat tahu dan kita menipunya, tidakkah keadaan akan menjadi lebih teruk?
Kita juga janganlah terlalu jujur sehingga semua benda ingin diceritakan kepada pasangan kita apabila ditanya. Saya tahu anda pernah tanya kepada pasangan anda, apa lauk yang mereka makan pada tengahari tadi atau pun malam tadi. Owh...ianya amat biasa bagi setiap pasangan untuk tanya soalan-soalan sebegini. Dan ada juga pasangan yang tanya soalan yang bukan-bukan. Merepek-merepek sahaja soalannya.  :D
Tetapi, anda harus tahu memang ada perkara yang perlu kita rahsiakan. Di antaranya, sekiranya perkara itu merupakan rahsia yang kita telah janjikan dengan seseorang, tidak elok untuk kita ceritakan kepada pasangan kita. Kerana ia digolong dalam golongan orang yang tidak amanah. Selain daripada itu, ada juga rahsia yang berkaitan dengan pekerjaan. Takkan anda bekerja sebagai ejen rahsia kerajaan dan menceritakan misi-misi sulit kepada pasangan anda? Tidak baik bukan?
Jadi, semuanya terpulang kepada anda. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah, anda boleh berahsia tetapi jangan menipu. Binalah hubungan yang jujur dan ikhlas. Ok? :)
Tenangkan Diri Sebelum Membuat Keputusan
Written at Isnin, 25 April 2011 | back to top

Pernah tak anda membuat keputusan ketika anda sedang marah? Adakah keputusan yang dibuat itu merupakan keputusan yang betul dan memberikan kepuasan pada diri anda?
Pernah pada suatu hari itu, seorang lelaki sedang menghadapi masalah dengan kekasih beliau. Disebabkan tidak tahan dengan perangai dan sikap kekasihnya menyebabkan dia ingin membuat satu keputusan yang bagi saya tidak patut dia lakukan.
Pada ketika itu, beliau berada dalam keadaan tertekan dan marah dan memberitahu pada saya yang dia ingin memutuskan perhubungan dengan kekasihnya.
Lantas segera saya menasihatinya supaya bertenang dan jangan buat keputusan secara terburu-buru. Pada mulanya, beliau tidak mahu mendengar nasihat saya. Mungkin beliau masih dalam keadaan marah ataupun beremosi.
Tetapi setelah diperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai akibat dari keputusan yang dia bakal buat menyebabkan dia menarik semula keputusan itu.
Dalam situasi ini, kita masih bernasib baik kerana saya sempat menghalang beliau dari melafazkan kata untuk putuskan perhubungan dengan kekasihnya. Dan setelah beliau berehat sebentar dan berfikir sejenak, barulah dia sedar yang jauh di sudut hati, masih ada lagi sifat sayang dan cinta pada kekasihnya. Dan baru-baru ini saya dapat tahu yang beliau sedang gembira dan ceria disamping kekasihnya yang tersayang.
Apa yang saya cuba sampaikan dalam entri kali ini adalah, jangan biarkan diri kita membuat keputusan ketika kita sedang marah, beremosi ataupun fikiran terganggu. Berikan diri kita masa untuk bertenang terlebih dahulu. Biarkan diri dan minda kita berehat sebelum kita membuat sebarang keputusan.
Keputusan yang dibuat secara terburu-buru yang dicampur dengan kemarahan dan emosi, akan menghasilkan keputusan yang mengecewakan, sedih dan mendukacitakan. Jadi, sebelum kita membuat keputusan, pastikan diri kita tenang supaya keputusan yang kita buat tidak akan mengecewakan kita di masa hadapan.
Indahkan Detik Percintaan Anda
Written at Ahad, 24 April 2011 | back to top

Sorry..dah lame suzu tak buat post....im quite busy right now...i don't have enough time for blogging :)btw...layan la ea post suzu nie

“SAYA cinta kamu.” Tiga perkataan yang ringkas tetapi sarat dengan makna yang begitu mendalam. Hanya perlu diucapkan dari mulut, ia sudah cukup membuatkan hati seseorang menjadi semakin melayang. Tetapi apabila cara luahan itu dilakukan dengan lebih kreatif, sudah tentu detik ini menjadi saat yang paling bermakna.
1. Tulis dan tampal
Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya.
2. Iklan di surat khabar
Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga mengajar pasangan itu erti kewarasan.
Demi membuktikan kesetiaan cinta kamu terhadapnya, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi surat khabar yang sering dibaca dan deklamasikan sebuah puitis cinta kamu kepadanya.
3. Bukukan cinta
Catatkan kisah perjalanan cinta kamu berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel tersebut pada hari paling bahagia kamu berdua. Contohnya pada hari jadi atau ulang tahun percintaan kamu berdua.
4. Pesanan cinta
Rakamkan beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail, menerusi MP3 atau video call untuk mengungkapkan rasa cinta kamu terhadapnya.
5. Koleksi SMS
Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.
6. Biarlah jari berbicara
Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu.
7. Menyusun puzzle
Kirimkan permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.
8. Cinta dalam 100 bahasa
Belajar menyatakan ’saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.rujuk post suzu yg nie -->200 Ungkapan Cinta Dalam Pelbagai Bahasa
9. Kirimkan hidangan tengah hari
Saat kamu mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ’saya cinta kamu’ di atas kotak polisterina. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya.
Tanda Si Dia Poket Kering
Written at Selasa, 19 April 2011 | back to top

TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.
Persoalannya, "Adakah si dia sudah poket kering, tetapi malu untuk memberitahu" atau "apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?"
Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.
Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.
Intim minggu ini berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:
Menghabiskan masa di rumah
Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.
"Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah." Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.
Menonton DVD sebagai hobi
Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang.
Alasannya: "Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis."
Makan di gerai murah
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.
Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.
Alasannya: "Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja."
Tiada hadiah ulang tahun
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah.
Alasannya: "Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya..."
Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu.
Alasannya: "Lain kali sahajalah kita pergi."
Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.
Alasannya: "Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua."
Hanya menemani
"Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?" Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata 'menemani', ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.
SMS sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS.
Alasannya: "Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi."
Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. "Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya... kenapa nih."
Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya.
Memaafkan dan Melupakan Kecurangan
Written at Ahad, 17 April 2011 | back to top

Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.
Mengapakah insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.
Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.
Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut. Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.
Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.
JANGAN BERSEDIH…
REMEMBER THAT, YOU DESERVE BETTER!!!
Puisi IV :Maafkan Aku,Cintaku
Written at Sabtu, 16 April 2011 | back to top

Cintaku,
Maafkan aku,
Aku terpaksa melepaskanmu,
Setelah sekian lama aku memendam rasa terhadapmu..
Cintaku,
Maafkan aku,
Aku tidak punyai kekuatan untuk meluahkan perasaanku padamu,
Aku harap engkau akan mengerti perasaanku ini,
Tapi seribu kali sayang,
Impian hanyalah impian,
Bagai menanti buah yang tak akan gugur dari langit,
Aku beralah,
Kerana aku tahu,
Ada seseorang yang lebih menyayangi dirimu,
Lebih dariku..
Cintaku,
Maafkan aku,
Kerana pernah menyukaimu,
Kerana pernah menyayangimu,
Kerana pernah merinduimu,
Kerana pernah mencintaimu dalam diamku,
Tapi kini,
Ku biarkan ia berlalu,
Bersama-sama titisan air hujan,
Yang turun membasahi bumi,
Seperti mana membasahi jua hatiku ini..
Cintaku,
Maafkan aku,
Ku harap,
Engkau berbahagia,
Bersama si dia yang tercipta untukmu..
Biarlah aku di sini,
Terus menanti,
Dan terus mencari,
Andai ada jodohku,
Ada lah si dia untukku,
Semoga Allah perkenankan doaku ini..
Amin..
Maafkan aku,cintaku..
Cerita Cinta II : Jangan Pisahkan Aku dan Dia
Written at Jumaat, 15 April 2011 | back to top

Biar cinta terhalang gunung dan samudera
Aku tetap memegang janjiku padamu
Biar jurang yang terjauh ada di depanku
Takkan goyah sumpahku terhadap dirimu
Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita
Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka
Biar cinta
Diuji lautan yang bergelora
Aku tetap menjulang namamu di jiwaku
Kita bagai bulan dan bintang
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja yang benci tulus cinta kita
Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka

Tersentak hatiku ketika mendengar lagu dendangan Phyne Ballerz. Lantas aku kesat air mata jernih yang mengalir membasahi pipi gebuku. Hatiku terguris tanpa berdarah. Sejenak itu aku teringatkan seseorang yang pernah mendiami hati ini.
“Ree, janganlah lari!”
“Aku nak tengok jugak”
Itulah detik istimewa buat kami. Dulu, betapa hati ini membenci dirinya. Usahkan panjang, poyo, gila, semua seranah dan cemuhan aku telah memakinya. Tapi, benarlah kata orang tua-tua, orang yang paling kita benci suatu ketika dulu tidak mustahil akan menjadi orang yang paling kita sayangi. Kami sering bergaduh. Aku sering mencari kesalahannya. Dia pun berkelakuan begitu. Tanpa aku sedari, dalam diam hati ini berbunga-bunya setiap kali melihat anak matanya. Kami sedar kami sentiasa bergaduh. Tetapi kami menjadi malu sesama sendiri apabila cinta mula berputik. Kalau dulu, mulut inilah yang sentiasa membawa berita buruknya, tetapi kini mulutku terkunci rapat. Hairan juga sebab dia juga begitu. Ah, apakah yang sedang dia fikirkan? Kenapa aku sentiasa memikirkan tentang dirinya? Kami semakin rapat. Bermula dari situlah, kami sentiasa berhubung.
“Ally, sekiranya aku meminta sesuatu, adakah engkau akan berikannya?”
“Apa pulak ni Ree? Katakan, Insya Allah aku beri”
“Sejak aku berkawan dengan engkau, hidup aku sentiasa disinari cahaya. Engkau seorang sahaja yang memahami aku. Sekiranya aku meminta engkau menjadi teman sehidup semati bersama aku, engkau terima?”
Ya Allah, apakah benar apa yang aku dengar ini? Yahoo… Rupanya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti diriku. Aku masih terkejut. Tiba-tiba, kedengaran Azri mengulangi namaku.
“Ree, kiranya perhubungan ini memberi kebaikan untuk kita, aku merelakannya”
“Terima kasih, Ally”
Sejak peristiwa itu, hubungan kami semakin rapat. Kami tidak belajar dalam sekolah yang sama. Jadi, telefon bimbitlah penghubung kami. Aku mengaku sejak aku menyayangi dirinya, hidupku semakin ceria. Dia banyak mengajar aku tentang erti kehidupan. Dia juga mendorong aku agar lebih cemerlang dalam akademik.
1 Oktober 1997 - Aku dan ayah pergi ke Institut Jantung Negara (IJN). Sudah hampir 10 tahun aku menghidap penyakit jantung.
“Penyakit awak tidak dapat dirawat melainkan dengan pembedahan”
Aku menjadi sayu apabila Doktor Mazwin memberikan laporan pemeriksaan terhadap jantungku. Aku mengkhabarkan berita ini kepada Azri. Azri turut simpati terhadap nasibku. Azri memberikan nasihat dan semangat kepadaku untuk terus berjuang.
Alhamdulillah, hayatku untuk terus hidup di bumi Tuhan masih panjang.
3 Januari 2005kami diijab Kabul menjadi sepasang suami isteri yang sah. Hidup kami bertambah bahagia. Kami hidup senang dengan hasil usaha yang kami perjuangkan di bangku sekolah.
1 Jun 2006 – Kami menimang cahaya mata. Betapa indahnya ciptaan Tuhan dengan mengurniakan dua orang cahaya mata yang kembar buat kami. Sungguh comel dan montel pipi mereka. Apa yang lebih menarik , anak kami kembar lelaki dan perempuan. Aku berazam untuk menjadi isteri dan ibu yang baik buat keluargaku.
2 Oktober 2007Ketika asyik aku melayan kerenah anak-anakku, jantungku seolah-olah ditikam. Tanganku terus menekan-nekan dada kiriku. Aku cuba mencapai telefon bimbit untuk menelefon suamiku. Tiba-tiba duniaku malap dan gelap. Sesedar itu, aku terlantar di atas katil. Dua orang anakku tidur lena di katil mereka. Di sisiku Azri, suamiku tersayang. Raut wajahnya yang penuh keresahan dan keletihan terlena dibuai mimpi. Aku mencapai jam tangan, pukul 7.00 malam. Aku terus bangkit dari katil dan membersihkan diri. Kemudian aku menuju ke dapur untuk membuat sajian makan malam. Malam itu Azri memberitahu bahawa doktor menyatakan supaya aku dibedah dengan segera kerana jantungku kian serius dijangkiti kuman. Demi keluargaku yang tercinta, aku pasrah dan terpaksa menghadapinya jua.
Doktor menetapkan 9 Oktober tarikh pembedahan akan dijalankan. Malangnya, 7 Oktober Azri berada di luar kawasan kerana menjalankan tugas. Tetapi Azri berjanji akan menemaniku di bilik pembedahan. Dengan semangat yang tidak putus-putus Azri berikan,aku terasa terkilan sekiranya itulah kali terakhir aku melihat dunia Tuhan. Inginku dakap kesemua ahli keluargaku. Aku tiba di bilik pembedahan, kelibat Azri masih tidak kelihatan. Doktor terpaksa menjalankan pembedahan tepat pada waktu yang dirancangkan. Aku disuntik kemudian tidak menyedarkan diri.
Terasa berat mataku untuk dibuka. Aku terus berusaha sehingga mataku berjaya dibuka. Aku melihat mama sedang mendukung Addy dan ayah sedang mendukung Adlina, kedua-dua anak kesayanganku. Hatiku menjadi sayu apabila mendapati Azri tidak bersamaku saat itu.
“Mama, Ree mana?”
Mama hanya mampu menangis. Aku hairan seketika. Anak mataku memandang tepat ke wajah ayah. Ayah mengusap rambutku sambil berkata,
“Ally, Azri suami yang baik. Dia sanggup buat apa sahaja demi rumah tangganya. Dia meminta maaf sebab tidak dapat menjenguk Ally. Tetapi, dia ada di dalam diri Ally saat ini”
Aku terpinga-pinga kehairanan. Drama apakah yang sedang berlaku?
“Ketika Azri menuju ke hospital dia terlibat dalam kemalangan. Ally bernasib baik kerana Azri dimasukkan ke dalam hospital yang sama, di sini”
Terang mama sambil tersedu-sedan. Aku benar-benar terkejut. Aku ingin bangkit dari katil tetapi tubuhku sangat lemah.
“Mama, ayah, Azri mana? Suami Ally mana??”
Air mataku sudah membasahi pipi. Aku benar-benar rindukan suamiku yang tersayang. Tidak pernah aku merasakan rindu sedalam itu. Ingatanku masih jelas kali terakhir aku bersalaman dengannya. Azri memeluk tubuhku dengan erat dan mencium dahiku. Terasa lebih selamat apabila berada dalam dakapannya.
“Ally, Azri sudah meninggal. Dia telah mendermakan jantungnya kepada Ally. Itu permintaan terakhir darinya kepada doktor ketika dia sedang tenat di bilik pembedahan. Tuhan lebih menyayangi dia, Ally”
Otakku seperti bergegar. Betapa pilunya hati ini kehilangam orang yang palingku sayangi. Air mataku tidak henti-henti membasahi pipiku.
“Abang, wajahmu, namamu, senyuman dan gelak tawamu tidak akan terpadam dari ingatannku”
Bisik hati kecilku. Aku berazam akan membesarkan anak-anakku dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya buat mereka. Demi impian aku dan suamiku yang telah sekian lama dinanti-nantikan.
Tuhan, sekiranya kau pisahkan aku dengan suamiku yang amat aku sayangi sepenuh hatiku, aku terima. Tetapi janganlah pisahkan aku dan anak-anak kesayanganku”

THE END....:)



Tip Menyemarakkan Cinta
Written at | back to top

1.Tunjukan minat kalian terhadap perkara-perkara yang dilakukannya tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).

2.Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.

3.Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.

4.Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia.

5.Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.

6.Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.

7.Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.

8.Jangan cuba untuk mengongkong atau pun menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.

9.Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.

10.Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.

Punca Pergaduhan...(Konklusi dari post cinta Sang Marikh dan Sang Zuhrah)
Written at Khamis, 14 April 2011 | back to top

Salam motivasi dan Salam Tip Cinta...Cewah…mentang-mentanglah tajuk hari ini adalah mengenai tips cinta.  . Tips cinta hari ini adalah cuba melihat daripada sudut personaliti mengapa berlakunya pergaduhan dan perselisihan sesama manusia. Harapan tips ini dapat membantu dalam memahami personaliti individu. Selamat membaca.  :-)
Jika dilihat daripada sudut personaliti, terdapat empat perkara mengapa berlakunya silap faham dalam perhubungan manusia. Tetapi oleh kerana ianya meruapakan satu topik yang panjang, saya akan mengupasnya salah satu faktornya sahaja untuk post ini. Dengan memahami personaliti seseorang, ia sebenarnya membuatkan hubungan anda sesama manusia lebih baik. Akhirnya cinta anda lebih baik..hehe.. :-P Panjangnya suzu membebel, ayuh ke isi utamanya.
Tips Cinta : Adakah anda Ekstrovert ataupun Introvert?
•    Ekstrovert mendapat sumber tenaganya daripada luar. Interaksi dengan dunia luar memberi tenaga untuknya terus kuat. Mereka diransang berdasarkan aktiviti dan perkara yang dilakukan.
•    Introvert pula mendapat tenaga dari dalaman. Mereka berinteraksi dengan dunia dalaman untuk mendapatkan sumber tenaga. Mereka banyak diransang oleh idea, buah fikiran atau falsafah.
Perbezaan antara dua kod ini boleh menjadi salah satu punca pergaduhan dalam sesuatu perhubungan. Kegagalan individu untuk melihat dari sudut pasangan membuatkan mereka merasa pasangan mereka seorang yang pelikSebagai individu yang berkod Introvert, mereka mungkin melihat kod Ekstrovert sebagai seorang yang terlalu suka bercakap. Mereka kelihatan sebagai seorang yang suka mendesak dan terlalu ‘over’.
Berlainan dengan Ekstrovert, mereka menganggap kod Introvert seorang yang pelik kerana seorang yang pendiam dan tidak suka bersosial. Sikap ini membuatkan mereka berasa bosan dan mendapati Introvert seorang yang kurang menarik untuk didekati. Faktor ini jelas kerana mereka melihatnya dari sudut perspektif diri dan merasakan bahawa pasangan mereka tidak serasi atau kena dengan cara mereka.
Tips cinta dalam membolehkan pasangan ini untuk hidup bahagia dan harmoni, prinsip yang perlu diamalkan adalah mudah. Ketahuilah fakta ini.
Tiga Dimensi Cinta
Written at | back to top


CINTA adalah perkataan indah yang mempunyai erti yang amat mendalam buat sepasang kekasih. Tetapi oleh kerana terlalu kerap disebut-sebut, ia menjadi koman. Akibatnya perkataan cinta mempunyai konotasi murahan. Cinta menjadi perkataan mainan di bibir kerana mudah dilafazkan dengan selamba.
Lafaz 'AKU CINTA PADAMU' atau 'I LOVE YOU' sudah tidak menjadikan si penyebut bergetar dadanya dan si pendengar terhenti jantungnya. Pendek kata ungkapan 'AKU CINTA PADAMU' sudah jadi sebutan plastik yang lahir di bibir semata-mata, bukannya menjelma dari hati. Kerana itu, ungkapan tersebut sudah tidak lagi mudah dipercayai kerana persepsi terhadap nilainya kian murah. Mengapa, ya?
Memanglah begini jadinya kerana ramai yang belum mengenal peringkat cinta yang pada pendapat saya sebenarnya ada tiga, mengikut tiga dimensi manusia iaitu fizikalnya, mentalnya dan spiritualnya. Cinta di peringkat pertama ialah cinta fizikal, peringkat kedua, cinta emosional dan peringkat ketiga, cinta spiritual.
Lazimnya, sepasang kekasih hanya mengalami dua dimensi cinta sahaja iaitu cinta fizikal dan cinta emosional. Tidak boleh tidak, kebanyakan percintaan pada hari ini bermula di dimensi cinta fizikal. Wajahnya, lirikan matanya, senyumannya, suaranya, seksinya, bau perfumnya, hensemnya dan segala-gala yang dapat dicapai oleh lima pancaindera banyak bergantung pada cinta fizikal. Cinta pandang pertama terlahir kerana cinta fizikal.
Pertemuan yang kerap sepasang kekasih, berbual, berSMS dan MMS, bertukar pendapat, membantu menyelesai masalah, saling bersama pergi dan pulang kerja, membantu menelaah pelajaran, pemberian hadiah dan pujian akan melahirkan cinta dimensi kedua iaitu cinta emosional. Dari situ, lahirlah rindu ingin sang kekasih sentiasa di sisi. Kerana cinta emosilah lahir ungkapan lautan api sanggup kurenangi.
Di manakah cinta spiritual? Lazimnya tak terlahir di peringkat ini kerana perasaan ini sukar menjelma jika tidak diketahui. Kerana tidak dimengerti, maka ia tidak dicari. Namun, anak yang dijodohkan oleh ibu bapa akan mengalami cinta spiritual terlebih dahulu sebelum cinta fizikal dan cinta emosional. Ia apa yang selalu disebut sebagai kahwin dahulu, baru bercinta, sedangkan sebenarnya mereka berkahwin kerana mengikut perintah ibu bapa. Kerana itulah, perkahwinan ini biasanya kekal dan damai kerana ditunjangi cinta spiritual, cinta emosional dan cinta fizikal.
Fizikal, mental dan spiritual seseorang itu harus dipenuhi sebelum seseorang itu akan komited terhadap sesuatu. Justeru itu, cinta fizikal dan cinta emosional sahaja belum melengkapi. Sebab itu ia goyah. Agar perkahwinan itu teguh, carilah cinta spiritual iaitu cinta dan berkahwin.
Ingatlah, jodoh kita ditentukan telah ditentukan. Justeru itu, ia bukan sahaja untuk di dunia, malah membawa ke akhirat. Jika diizinkan-NYA, pasangan kita itulah yang akan menjadi teman kita selama-lamanya di syurga. Berkasih di syurga bukan hanya di dalam lagu cinta, tetapi yang benar akan terjadi jika kita mengerti dengan menyuluh ke denai-denai di hati.
Cerita Cinta I :Cinta Sang Marikh dan Sang Zuhrah
Written at | back to top


Suzu ingin memetik anologi yang menarik berkenaan cinta yang menceritakan mengenai ketidaksamaan ini. Secara analoginya, lelaki berasal dari planet Marikh, manakala wanita pula berasal dari planet Zuhrah. Sebelum ini mereka hidup dalam puak masing-masing. Mereka ditakdir berjumpa dan akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain. Tarikan yang wujud dan kepercayaan bahawa mereka mampu bahagia telah membuatkan pasangan ini mengambil keputusan untuk hidup bersama.
Mereka kemudiannya mula hidup sebagai pasangan dan membina kehidupan yang bahagia di bumi. Sedikit demi sedikit mereka berusaha membina keluarga bahagia yang diingini. Setelah menetap lama di bumi, mereka mula melupakan asal-usul kisah sendiri. Mereka lupa bahawa mereka sebenarnya berbeza antara satu sama lain. Mereka adalah berlainan sejak awalnya kerana datang dari planet yang berbeza. Perkara ini seterusnya mencipta konflik. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah sama satu sama lain. Namun begitu yang pasti, tanggapan mereka salah.
Sang Marikh mahu dirinya difahami. Tetapi bahasa cinta ini tidak dapat difahami oleh Sang Zuhrah. Sang Marikh cuba menjauhkan diri untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Kelakuan yang dilakukan oleh Sang Marikh membuatkan Sang Zuhrah menyangka bahawa pasangannya telah berubah. Begitu juga yang berlaku pada Sang Zuhrah. Kod yang ada padanya membuatkan dia mahu selalu ditemani. Dia mahu Sang Marikh sentiasa bersamanya. Namun begitu, Sang Marikh bertindak membiarkannya keseorangan apabila sesuatu masalah berlaku. Sang Marikh percaya bahawa dengan membiarkan Sang Zuhrah untuk sementara waktu akan memberi ruang dan kelegaan kepadanya. Tetapi anggapan Sang Marikh silap!
Jangan Lupa Perbezaan Kita!
Kita selalu membuat kesilapan bahawa cara pasangan kita berfikir, bertindak adalah sama seperti kita. Kita menyangka bahawa cara mereka bercinta adalah sama seperti kita bercinta. Kesannya, apabila pasangan kita melakukan sesuatu tabiat yang berlainan dengan tabiat 'normal', membuatkan kita berfikir bahawa terdapatnya masalah dalam hubungan itu. Sebenarnya adalah tidak!
Bahasa cinta Sang Zuhrah adalah tidak sama dengan Sang Marikh. Sang Marikh merupakan seorang yang suka menyendiri apabila terdapat masalah. Apa yang diperlukannya adalah ruang untuk berfikir sebelum kembali kepada Sang Zuhrah berbanding Sang Marikh. Dia mahu ada orang di sisi untuk membelainya dalam proses memenuhi kod emosinya.  
Tetapi, disebabkan kegagalan untuk memahami bahasa cinta yang berlainan, mencetuskan konflik. Sang Marikh sentiasa menyalahkan Sang Zuhrah kerana tidak memberi ruang padanya. Sang Zuhrah pula menyalahi Sang Marikh kerana Sang Marikh sering tidak ada dan meminggirkannya. Pergaduhan berlaku dan akhirnya berlaku kes lebih teruk lagi iaitu perpisahan. Hal ini gara-gara Sang Zuhrah dan Sang Marikh lupa pada asal usul pasangan dan diri mereka. Mereka menganggap diri mereka  adalah sama tetapi sebenarnya  berbeza disebabkan datang daripada planet yang berlainan.
Kesimpulannya, jangan dilupakan perbezaan yang ada pada diri. Kita adalah unik dan sudah tentu cara pemikiran adalah berbeza. Namun begitu, ianya dapat difahami dengan memahami bahasa cinta pasangan. Satu nasihat yang ingin dikongsi suzu kepada lover2 diluar sana adalah sentiasa mengingati kita adalah berbeza.
Puisi III:Kerana Cinta Aku Relakan Dalam Paksa(puisi ke..ntah la..huu =.=')
Written at Rabu, 13 April 2011 | back to top

Kehidupanku penuh dengan perit dan getir
Aku terluka kerana harus melakukan semua ini dengan bukan rela hatiku.
Ia amat menyeksa diriku dan amat menyakitkan,
Aku tahu aku seorang yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa
Tetapi tidak bermakna aku harus mengikuti segala-galanya
Tanpa kerelaan hatiku
Aku terseksa dengan kehidupan ini
Bibir manisku tersenyum manis,
Gelak manjaku sentiasa kedenganran
Suara merduku sentiasa menghilangkan sepi
Tetapi hatiku menangis merintih mahu dilepaskan
Aku menangis kerana nasibku yang malang.
Oh….Tuhan
Apakah kesalahanku sehingga nasib aku seperti ini sesungguhnya aku hanyalah manusia yang lemah
Dalam doaku…..
Aku mohon kepadamu Ya Allah
Aku merayu padamu
Memaafkanlah segala dosaku
Dan memberikan sinar yang terang
Kepada diriku aku mengharap
Supaya bukan hanya dibibirku sahaja yang gembira
Tetapi hati dan jiwaku.
Ku berserah kepadamu Ya Allah
Memberikan aku sinar yang lebih berbahagia.
Perlukah Kita Tahu Ex-Boyfriend or Ex-Girlfriend Pasangan Kita?
Written at Selasa, 12 April 2011 | back to top

Semasa suzu dalam perjalanan pulang ke rumah dari pantai, tiba-tiba terlintas dalam fikiran saya samada perlu ke kita tahu siapa ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita. Hurm...memang best kalau kita dapat tahu. Tetapi adakah kita pasti yang tindakan kita tu betul.

Bagi pendapat suzu, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak suka. Menyampah lagi ada la. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita tu sedang syok berbalas-balas komen di Facebook mahupun Friendster, tak ke terasa hangat dalam hati ni. Haish!

Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu.

Memang ada kebaikan dan kekurangannya kalau kita lihat perkara ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Tetapi terpulang kepada kita untuk memilihnya. Bagi suzu, memang tak perlulah. Tak tahulah anda semua macam mana. Mungkin anda boleh kongsi-kongsikan cerita kalau ada.
Lelaki Idaman Wanita
Written at Isnin, 11 April 2011 | back to top

Setelah di interview beberapa girl di luar sana(sebenarnya kawan suzu pada kebanyakkannya...)suzu dpat kesimpulan tentang ciri-ciri lelaki idaman wanita...



Lelaki idaman saya adalah...
Seorang lelaki yang beriman...
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah...
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam...
Yang sentiasa haus dengan ilmu...
Yang sentiasa dahaga akan pahala...
Yang solatnya adalah maruah dirinya...
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar...
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu...
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang menjaga tuturkatanya...
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya...
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya...
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang...
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang menghormati ibunya...
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga...
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam...
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan...
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat...

Lelaki idaman saya...
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam...
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah...
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara...
Yang menjaga matanya dari berbelanja...
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya...

Lelaki idaman saya...
Tidak pernah membazirkan masa...
Matanya kepenatan kerana penat membaca...
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir...
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan...
Bangunnya subuh penuh kecergasan...
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...

Lelaki idaman saya...
Sentiasa mengingati mati...
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat...
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga...
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik...
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia...
Kerana dia mengimpikan syurga...
Di situlah rumah idamannya...
Dan dia ingin membawa saya bersama...
Dialah lelaki idaman saya...

nie just beberapa sahaja..yang wantita lain di luar sana tu maybe lain kot requirement yang dieorang mintak..
Kerana Inilah Mereka Di Panggil "Perempuan"
Written at Ahad, 10 April 2011 | back to top

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.