Peringatan
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : No ripping, spamming, and any type of childish acts.
Respect is a must.
Mengapakah Lelaki Suka Mendiamkan Diri Apabila Menghadapi Masalah
Assalamualaikum semua readers All About Love
Pernahkah pasangan anda (lelaki) tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan anda?
Apabila anda tanya adakah dia sedang menghadapi masalah,si dia akan cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri.Dan membuat anda risau,si dia tidak mengangkat call dan membalas SMS daripada anda.
Dr percaya mengapa ramai wanita di luar sana tidak faham mengapa lelaki bersikap sedemikian.Tiba-Tiba si dia boleh berubah dan mendiaman diri dan tidak mahu bercakap dengan anda.Pelik bukan????
Kerana Itu Sikap Seorang Lelaki
Tetapi itulah sikap seorang lelaki.Apabila dia menghadapi masalah,mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu,akan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.Mereka akan selidik cara-cara terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Apabila mereka menyendiri,mereka tidak suka diganggu.Anda sebagai perempuan akan keep on asking the same question,mereka akan merasa tertekan dan rimas.Anda pula terus menerus bertanya,jangan anda pelik jika dia akan memarahi anda kerana anda memaksa si dia untuk menceritakan masalah.Itu yang membuatkan si dia akan lebih menjauhi diri daripada anda.
Anda perlu ingat,cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah sama sekali berbeza dengan wanita.Lelaki akan lebih mendiamkan diri apabila menghadapi satu masalah.
Tetapi wanita pula lebih suka berkongsi masalah dengan menceritakan masalah tersebut kepada orang lain.Jadi apabila wanita melihat si dia (lelaki) menghadapi masalah,mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsi masalah tersebut (seperti wanita).Ini berbeza sama sekali dengan cara lelaki yang bukan menyelesaikan masalah dengan cara tersebut.Wanita boleh dikategorikan sebagai ekstrovert manakala lelaki introvert.Apa itu Ekstrovert dan Introvert.
Klik sini untuk pergi ke entri Ekstrovert dan Introvert
Apa yang perlu anda lakukan???
Sekiranya anda melihat si dia sedang kusut,tertekan,menyendiri,dan menghadapi masalah, bertanya kepada mereka adakah mereka memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika.Jika si dia mengatakan ya,berikan masa kepada mereka sehingga mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.Tetapi jika mereka menggelengkan kepala,berikan juga masa..kerana mungkin mereka tidak mahu anda bersusah hati.
Berikan si dia masa untuk sendirian.Jangan ganggu hidupnya sehingga masalah yang mereka hadapi itu selesai.Lebih kurang anda mengganggu hidupnya ketika itu..lebih cepat masalah akan selesai.Dan lebih cepat si dia bersama anda..Anda pun tak sanggup tahan rindu lama-lama kan?
Mudah-mudahan entri kali ini dapatlah anda semua memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah.Jangan salahkan mereka kerana memang itu sikap seorang lelaki.Ingatlah,salah satu tips dalam berpasangan adalah saling memahami.Fahamilah sikap pasangan anda agar kamu berdua dapat membina sebuah hubungan percintaan yang bahagia..:)