Kisah Cinta Khayalan,Ia Indah,Ia Tidak Wujud,Tetapi Kita Boleh Jadikan Ia Satu Realiti
Assalamulaikum semua reader All About Love
Seringkali kita terpengaruh dengan cerita cerita cinta yang terdapat di televisyen dan filem kan? “Eh eh,romantiknya si bf tu”, “Fuh, perfect betul awek dia, cantik, baik rajin, alim”, Kata kata macam tu akan keluar daripada mulut mereka yang senang terpengaruh dengan drama, filem dan novel cinta. Tapi hakikatnya tak seperti itu. Itu hanyalah kisah dongeng saja. Mahu atau tidak kita harus terima. Memang ada cerita dan kisah benar daripada kehidupan realiti yang diadaptasi ke dalam filem. Tapi dalam filem tu dah tokok tambah babak dah supaya jadi best.Hehe.
Maka mulalah sesetengah dari kita membayangkan betapa indahnya jika percintaan mereka sama macam dalam drama tu. Mereka mula merungut dengan pasangan yang sekarang sebab konon konon kalau betul betul cinta kena buat macam apa yang ada dalam drama tu. Ada tau orang macam ni, bukan takde! Wujud orang yang tidak tahu erti menghargai pasangan. Jangan sesekali membandingkan pasangan kita dengan orang lain apatah lagi membandingkan kisah cinta kita dengan kisah cinta di dalam filem. Memang kisah cinta khayalan itu indah tapi ia tak pernah wujud. Kisah cinta realiti pada anda korang tak indah, takde thrill, tak best tapi itu wujud dan benar. Dan di saat si dia yang bersama korang mula rasa terkilan dengan korang, korang akan sedar yang tindakan korang menyamakan cinta khayalan dengan cinta sebenar itu salah.
Punca masalah ini adalah kurangnya erti syukur dalam diri seseorang. Mungkin kekasih korang tidak seperti yang korang idamkan. Tapi ketahuilah bahawa jika seseorang tidak mencintai korang sebagaimana yang korang mahu, tidak bermakna dia tidak cintakan korang sepenuh hatinya. Memanglah korang tak tahu isi hati dia. Tapi korang boleh nilai dari segi cara dia melayan korang. Jika si dia tidak mencintai korang, kenapa dia masih setia bersama korang di saat ini dan kenapa dia masih sanggup melayan karenah korang? Jadi, bersyukurlah kerana korang memiliki seseorang yang sangat mencintai korang walaupun kisah cinta korang tak macam dalam drama.
Baru baru ni ramai yang tersentak dengan drama Nora Elena. Korang tengok tak? Hehe. Sikap romantik yang tersangat sangat oleh watak utamanya, Seth Tan lakonan Aaron Aziz membuatkan sesetengah golongan wanita berfikir yang inilah sepatutnya ciri ciri seorang lelaki yang patut menjadi kekasih mereka. Sehingga kadang kadang mereka lupa bahawa Seth Tan adalah watak yang direka sahaja. Mana ada lelaki yang romantik gila macam Seth Tan tu dalam dunia realiti. Tetapi itu TIDAK bermakna lelaki lelaki dalam realiti ini tidak mencintai pasangan mereka dengan setulusnya. Setiap orang mempunyai cara cinta mereka yang tersendiri.
Kat sini Dr nak kongsi tips untuk kita menjadikan cinta kita sama macam kisah cinta dongeng yang bahagia tu. Tips biasa je, tapi ramai dari kita yang leka darinya.
Terima dengan ikhlas
Mesti ada sikap pasangan korang yang korang tak suka kan? Jangan merungut, tak baik. Terimalah pasangan korang seadanya. Kenapa korang mencintai dirinya? Ikhlas tak? Itu korang sendiri ada jawapannya. Korang tak boleh tipu diri korang sendiri. Dia ada kekurangan, macam tu jugak dengan korang. Pergaduhan itu akan sentiasa wujud sampai lah korang kahwin, dah ada anak, dah tua…tapi itulah sebenarnya yang menguatkan cinta korang. Bila bergaduh, lepas tu baik balik, mestilah cinta antara korang akan bertambah kan? Hehe, kalau korang tak kuat untuk menghadapi dugaan dalam bercinta macam mana korang nak memiliki kisah cinta seperti cerita khayalan? Cerita cinta dalam drama banyak sangat dugaannya. Konflik keluarga la, hilang ingatan la, kehadiran orang ketiga la, salah faham la. Macam macam! Sanggup ke korang?
Berpegang pada realiti
Adakah korang tahu kisah cinta korang juga boleh menjadi contoh kisah cinta agung yang hebat? Caranya adalah kekalkan hubungan yang ada sekarang, lalui dugaan dengan kuat, saling mencintai sampai selamanya dan semakin hari semakin sayang. Bila cinta korang bertahan dalam jangka masa yang lama dan cinta itu pula makin lama makin kuat, pastinya kisah cinta korang akan menjadi kisah cinta yang hebat! Bersama berdua sebagai suami isteri dan anak anak. Punya keluarga bahagia walaupun hidup dalam kesederhaan, itu impian semua orang. Dan pastinya, kisah cinta korang adalah realiti yang benar! Bukan khayalan semata mata.
Usaha dan doa
Jika tiada usaha dan doa, macam mana nak bahagia? Bukan mudah untuk memiliki kisah cinta sejati. Korang yang pernah merasai cinta, apatah lagi yangmencintai dan dicintai kembali adalah sangat sangat bertuah. Korang tau tak ada orang yang tidak pernah langsung merasai apa itu cinta? Ada orang yang tidak pernah merasai indahnya melakukan pengorbanan untuk orang yang kita cintai. Ada orang yang tidak pernah tau erti sanggup melakukan apa saja demi orang yang tersayang. Jadi bersyukurlah kerana kita adalah orang yang sangat bertuah. Allah kurniakan kita seorang teman supaya kita tak sunyi dan lebih kuat menghadapi kehidupan. Bila masing masing dah sedia, ikatlah ikatan percintaan itu dengan perkahwinan yang abadi. Binalah keluarga yang bahagia dan tabahlah menghadapi semua dugaan yang ada.
Oklah, itu saja yang Dr nak kongsikan dalam post ni. Semoga kita semua berjaya memiliki cinta sejati yang kita semua idam idamkan. Yang penting kita kena selalu berserah pada Allah. Usaha dengan baik dan InsyaAllah kita akan memiliki apa yang kita impikan. Apa yang Dr tulis ini adalah 100% tulisan Dr sendiri dan ia berdasarkan pendapat peribadi. Kalau korang tak setuju, Dr mintak maaf dan kalau sudi tinggalkanlah pendapat korang dalam ruangan chatbox ini. Best kalau kita dapat share tentang kisah cinta kan? Hehe. Kalau ada yang rasa artikel ni berguna, korang boleh share, tapi bagi kredit pada blog All About Love ni ye. Terima kasih kerana sudi membaca. Salam sweet dari Dr. Selamat malam.
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini