Hi! Enjoy Your Visit Here
Peringatan
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : No ripping, spamming, and any type of childish acts. Respect is a must.
Navigations

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
Name : Shiro
Heart Status : Taken
#Melepaslah korang *perasan*

Doing...
Blogging All Day

Tagboard

Kenangan Lalu
Disember 2010 | Januari 2011 | Februari 2011 | Mac 2011 | April 2011 | Mei 2011 | Jun 2011 | Julai 2011 | Ogos 2011 | Disember 2011 | Januari 2012 | Mac 2012 | November 2012 | Disember 2012 |

Relevankah istilah ‘Perigi Mencari Timba’ ?
Keserasian Dalam Sebuah Percintaan
Kisah Cinta Khayalan,Ia Indah,Ia Tidak Wujud,Tetap...
Puisi IX : Ku Cari Damai Di Hati
Mengapakah Lelaki Suka Mendiamkan Diri Apabila Men...
Perhubungan Juga Seperti Roda
82% Pasangan Lebih Mementingkan Rakan-Rakan Daripa...
Entri Khas Raya 2011: 7 Tips Beraya di Rumah Si Dia
6 Tanda Anda Terlebih Memberi Cinta
Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki

Music

Megumi Hayashibara - Trust You (OST Shaman King)

Hubungan Cinta Tidak Direstui Kedua Ibu Bapa, Kenapa Boleh Berlaku?
Written at Ahad, 1 Januari 2012 | back to top

Assalamualaikum semua pembaca All About Love


Memiliki hubungan cinta yang bahagia antara lelaki dan perempuan merupakan satu impian setiap manusia didunia ini. Bagi mereka, ia tidak perlu digambarkan lagi kegembiraan dan kebahagiaan yang sememangnya akan terpancar dari raut wajahnya apatah lagi sekiranya hubungan cintanya berakhir di alam perkahwinan.
Tetapi adakah hubungan cinta mereka itu direstui?. Restu kedua ibu bapa adalah amat penting jika mahu melihat perhubungan cinta atau kebahagiaan rumahtangga mendapat keberkatan serta bertahan sehingga akhir hayat.
Ramai dikalangan remaja kita yang tidak mengendahkan perkara ini, bagi mereka setelah diijab kabul ataupun telah sah menjadi suami isteri sudah cukup untuk menikmati alam berumahtangga sedangkan dalam islam mengajar kita supaya restu kedua ibu bapa perlu diutamakan dalam apa jua perkara yang dilakukan bukan sahaja dalam hubungan cinta dan alam perkahwinan.
Persoalannya kenapa ramai dikalangan kedua ibu bapa yang tidak merestui hubungan cinta anaknya sedangkan calon menantu yang ditunjukkan bukannya seteruk mana yang disangkakan. Jika perkara demikian terjadi kepada anda, disini dr ada senaraikan 5 perkara kenapa hubungan cinta tidak direstui oleh kedua ibu-bapa. Semoga ia boleh dijadikan rujukan kepada anda nanti :
-          Ibu bapa kita telah mempunyai pilihanya sendiri :
Walaupun secantik mana gadis yang kita bawa pasti tidak akan diterima oleh ibu bapa kita kerana mereka telah memilih atau mempunyai jodoh yang sesuai dan mungkin juga telah berpakat sesama rakan-rakan atau saudara-mara yang akan satukan kita dengan anaknya apabila meningkat dewasa.
-          Status yang berlainan :
Perkara ini sering terjadi pada masyarakat kita sekarang, dimana kedua ibu bapa sangat mementingkan status pada menantunya. Tidak kira status dalam apa juga sekalipun seperti status negerinya, status agamanya, status taraf ekonominya, status perkahwinan dan sebagainya.
-          Jarak usia yang berlebihan :
Sebenarnya cinta tidak pernah mengenal erti usia jika sudah ditakdirkan dia adalah jodoh kita walaupun usianya melebihi daripada kita sendiri kerana ia telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Cuba lihat bagaimana Baginda Rasullulah yang usia 25 tahun berkahwin dengan Siti Khatijah yang usia 40 tahun dan hidup bahagia tetapi masih juga tidak boleh diterima segelintir ibu-bapa kita.
-          Tidak pandai mengambil hati
Mungkin kedua ibu-bapa kita telah berusia 50 tahun keatas dan mungkin mereka juga mengalami perubahan dari segi emosi atau sedikit sensitif. Oleh itu pasangan kita haruslah pandai untuk mengambil hatinya supaya mereka dapat menerima pasangan kita seadanya.
-          Tiada adab pada orang tua
Ini perkara yang paling dititik berat oleh kedua ibu-bapa kita, walaupun pasangan kita tidak secantik mana, tidak memiliki kekayaan atau sebagainya kerana itu semuanya tidak dipandang oleh kedua ibu-bapa kerana yang menjadi keutamaanya adalah adap dan tatasusila yang tinggi bagi menjamin kebahagiaan rumahtangga pada masa akan datang.
Sebenarnya ada juga beberapa faktor lain yang boleh berlaku kenapa hubungan cinta tidak direstui oleh kedua ibu bapa kita kerana senarai yang dikongsikan oleh dr ini berdasarkan pengalaman yang pernah dr lalui daripada kawan-kawan. Bah kata pepatah – Setiap orang mempunyai ragamnya sendiri, Setiap orang lain pembawakan masalah.
Sekiranya anda mempunyai masalah seumpama ini dan tidak tersenarai seperti diatas diharap kongsikan ia pada ruangan komen disebelah kiri blog ini supaya dr atau pembaca blog ini dapat mengatasinya bersama.