Hi! Enjoy Your Visit Here
Peringatan
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : No ripping, spamming, and any type of childish acts. Respect is a must.
Navigations

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
Name : Shiro
Heart Status : Taken
#Melepaslah korang *perasan*

Doing...
Blogging All Day

Tagboard

Kenangan Lalu
Disember 2010 | Januari 2011 | Februari 2011 | Mac 2011 | April 2011 | Mei 2011 | Jun 2011 | Julai 2011 | Ogos 2011 | Disember 2011 | Januari 2012 | Mac 2012 | November 2012 | Disember 2012 |

Hubungan Cinta Tidak Direstui Kedua Ibu Bapa, Kena...
Relevankah istilah ‘Perigi Mencari Timba’ ?
Keserasian Dalam Sebuah Percintaan
Kisah Cinta Khayalan,Ia Indah,Ia Tidak Wujud,Tetap...
Puisi IX : Ku Cari Damai Di Hati
Mengapakah Lelaki Suka Mendiamkan Diri Apabila Men...
Perhubungan Juga Seperti Roda
82% Pasangan Lebih Mementingkan Rakan-Rakan Daripa...
Entri Khas Raya 2011: 7 Tips Beraya di Rumah Si Dia
6 Tanda Anda Terlebih Memberi Cinta

Music

Megumi Hayashibara - Trust You (OST Shaman King)

Meluahkan Perasaan Kepada Seseorang,Susahnya.....
Written at Isnin, 2 Januari 2012 | back to top

Assalamualaikum semua pembaca All About Love


Memberitahu seseorang bahawa kita cinta kepadanya lebih memberi tekanan daripada pergi temuduga kerja.
Temuduga kerja hanyalah berkenaan dengan diterima atau tidak dan ianya berakhir sebaik sahaja kita mendapat jawapannya. Memberitahu seseorang kita cinta padanya sangat-sangat berbeza. Ini adalah kerana selepas menerima keputusannya, berbagai kemungkinan boleh berlaku. Si dia mungkin menjauhkan diri atau kita mungkin akan diajukan dengan soalan-soalan yang lebih susah dari soalan-soalan STPM.
Bersedialah! Anda perlu bersedia sebelum memberitahu seseorang anda cintakannya. Jika tidak, ianya mungkin akan berakhir dengan teruk. Antara beberapa faktor yang perlu anda mengambil kira adalah :
Nilaikan peluang anda. 
Perhatikan gerak badannya dan tutur katanya apabila berhadapan dengan anda. Lakukan beberapa ujian kecil. Jika peluang anda kurang dari 80%, tangguhkannya dahulu.
Sediakan alasan. 
Soalan paling popular yang akan diajukan kepada anda ialah “kenapa awak menyintai saya?”. Anda perlu mempunyai jawapan atau alasan yang paling baik. Jangan sekadar mengatakan ianya adalah kehendak takdir.
Masa yang sesuai. 
Pilihlah masa yang sesuai untuk memberitahu si dia. Pastikan juga si dia berada didalam mood yang baik. Hujung minggu yang tenang mungkin merupakan waktu yang sesuai untuk anda memberitahunya.
Tunjukkan kejujuran. 
Ianya sangat-sangat penting. Bergayut di telefon atau ber SMS mungkin boleh menimbulkan keraguan. Beri sepenuh perhatian dan pastikan mata anda memandangnya. Jadikannya istimewa. Pilihlah tempat yang romantik dan sesuai seperti restoran, tepi pantai dan sebagainya.
Senyum. 
Katakanlah dengan nada yang lembut dan senyuman yang manis.
Akhir sekali, anda haruslah bersedia untuk menghadapi kemungkinan cinta anda di tolak. Mungkin si dia lebih selesa menganggap anda sebagai teman biasa. Relakannya dengan sikap yang terbuka dan matang. Jangan memaksa atau marah. Ini akan membuatkan si dia takut dan terus menghilangkan diri dari hidup anda. Berikan sedikit ruang kepadanya, perbaiki kelemahan yang ada dan cuba sekali lagi apabila tiba masa yang sesuai.
Kepada anda yang masih lagi mencuba… selamat berjaya!