Hi! Enjoy Your Visit Here
Peringatan
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : No ripping, spamming, and any type of childish acts. Respect is a must.
Navigations

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
Name : Shiro
Heart Status : Taken
#Melepaslah korang *perasan*

Doing...
Blogging All Day

Tagboard

Kenangan Lalu
Disember 2010 | Januari 2011 | Februari 2011 | Mac 2011 | April 2011 | Mei 2011 | Jun 2011 | Julai 2011 | Ogos 2011 | Disember 2011 | Januari 2012 | Mac 2012 | November 2012 | Disember 2012 |

Meluahkan Perasaan Kepada Seseorang,Susahnya.....
Hubungan Cinta Tidak Direstui Kedua Ibu Bapa, Kena...
Relevankah istilah ‘Perigi Mencari Timba’ ?
Keserasian Dalam Sebuah Percintaan
Kisah Cinta Khayalan,Ia Indah,Ia Tidak Wujud,Tetap...
Puisi IX : Ku Cari Damai Di Hati
Mengapakah Lelaki Suka Mendiamkan Diri Apabila Men...
Perhubungan Juga Seperti Roda
82% Pasangan Lebih Mementingkan Rakan-Rakan Daripa...
Entri Khas Raya 2011: 7 Tips Beraya di Rumah Si Dia

Music

Megumi Hayashibara - Trust You (OST Shaman King)

Apabila Martabat Hubungan Cinta Terletak Pada Nilai Wang Ringgit
Written at Selasa, 3 Januari 2012 | back to top

Assalamualaikum semua pembaca All About Love


Mengapa perlu risau jika wang dapat membeli segala- galanya, dan mengapa perlu bersusah payah jika wang boleh menyelesaikan masalah cinta anda. Adakah anda perlu risau lagi apabila anda rasakan anda sudah miliki hampir semua keinginan dan impian anda dengan wang?
Mari sama- sama sedar bahawa…
“Wang bukan segala-galanya tetapi, segala-galanya memerlukan wang”
Hampir semua masalah di dunia boleh diselesaikan dengan wang ringgit. Namun, tanya diri anda, adakah hubungan cinta anda mampu dibeli dengan wang ringgit? Adakah setiap permasalah cinta anda perlukan nilai wang untuk menyelesaikannya?
Adalah tidak sihat apabila pehubungan cinta anda yang bertahan disebabkan wang ringgit dan kebendaaan semata- mata. Bayangkan, untuk memujuk pasangan anda yang merajuk anda perlu belikan sesuatu yang berharga untuknya. Memang pembelian hadiah adalah salah satu cara untuk memujuk pasangan anda yang merajuk tetapi, jika setiap kali pujukan memerlukan wang anda untuk membeli hadiah adakah perkara ini sihat?
Jika tiada hadiah maka hubungan cinta putus. Jelas sekali keadaan ini membuktikan hubungan cinta bertahan disebabkan nilai wang dan kebendaan. Hubungan cinta seperti ini perlu diperbakai secepat mungkin sebelum menemui jalan buntu yang mendorong ke arah perpisahan. Selamatkan hubungan cinta anda selagi masih sempat.