Mengikut survey yang dr jalankan di facebook mengenai tajuk ” Patutkah diberikan peluang yang ke-2 ” pada pasangan yang telah melakukan kesilapan, kesalahan serta menyakiti hati dan perasaan kita. Hasil daripadanya menunjukan hampir 96% yang tidak bersetuju.
Kenapa begitu?
Mengikut kajian dan pengalaman dr sebelum ini, mereka yang meminta untuk diberikan peluang bagi menebus kesilapan cintanya adalah orang yang telah dikecewakan oleh pasangan barunya dan sanggup untuk berpatah arah pada kita semula. Sedangkan mereka ini tidak terfikir langsung perasaan, kekecewaan, kelukaan yang kita alami sebelum ini.
Janganlah sesekali kita mengambil risiko semata-mata belas kasihan yang mereka tonjolkan kerana takut perkara yang sama akan berulang kembali. Tetapi ingatlah usahlah menghina atau menolak mentah-mentah sebaliknya terima mereka ini sebagai kawan sebab Allah s.w.t melarang dan membenci umatnya yang memutuskan silatulrahim sesama manusia walaupun kita pahit hendak menelannya.
Jika kita lihat ada juga segelintir pasangan yang sanggup menerima semula dan diberikan peluang dalam hubungan cintanya. Ya tidak salah kalau kita melakukan demikian tetapi harus melihat keadaan dan masa ketika perkara itu terjadi sebagai contoh -
- Mengambil keputusan untuk berpisah kerana masalah kesihatan dimana dia tidak mahu melihat kita sedih, risau akan keadaan dirinya.
- Berpisah disebabkan masalah keluarga yang tidak dapat menerima kehadiran kita.
- Berpisah atas dasar pergorbanan cinta kerana mahu melihat diri kita bahagia bersama orang lain.
- Berpisah disebabkan dirinya hilang entah kemana tanpa khabar berita, tum..tum muncul semula dengan membawa harapan yang baru
Sekiranya perkara diatas terjadi, seelok-eloknya fikir sedalam-dalamnya kenapa mereka lakukan semua itu dan kita pula seharusnya berikan mereka ini peluang ke-2 untuk menebus kembali kesilapan yang telah mereka sedari.
Macam mana dengan pandangan dr mengenai artikel yang dibincangkan dan dr pasti anda juga mempunyai pandangan yang berlainan serta berbeza dengan apa yang dr berikan. Dr sangat berbesar hati sekiranya anda dapat berikan pandangan itu didalam ruangan komen disebelah kiri sebagai sumber rujukan pembaca blog ini.