Assalamualaikum semua pembaca All About Love
Age is just a number. Memang, umur hanyalah mainan angka. Jadi, apakah salahnya jika pasangan berbeza umur?
Tidak salah, Cuma masyarakat mempunyai pelbagai pandangan berkenaan pasangan yang berbeza umur. Sekilas pandang seperti anak dan ibu, ataupun anak dan ayah. Buruk rupanya, gadis muda berpegangan tangan dengan jejaka yang jauh lebih berusia, ataupun wanita berusia berpelukkan bersama jejaka yang jauh lebih muda. Jika dahulu orang akan menyangka itu adalah sanak saudara, tetapi kini masyarakat akan bertanggapan yang mereka adalah pasangan kekasih. Wanita muda yang bersama jejaka sebaya bapanya hanya cintakan wang milik jejaka itu, dan bukan jejaka itu sendiri. Lelaki yang jauh lebih muda daripada pasangannya juga dianggap begitu. Persepsi yang agak kejam, pada pendapat dr. Seolah-olah setelah umur meningkat, seseorang itu tidak layak dicintai.
Perkara biasa bagi masyarakat adalah pasangan dimana lelaki lebih berusia berbanding wanita. Tetapi yang sebaliknya sukar pula diterima. Kononnya lelaki matang lebih lambat daripada wanita menjadi alasan utama. Lebih berusia disini kurang daripada lima tahun lebih tua. Jika terlalu tua, masyarakat masih mempunyai keraguan terhadap penerimaannya. Tidak kurang yang mencemuh hubungan berbeza usia dan ada juga yang menyokongnya. Malahan, sudah ramai yang terjebak ke dalam hubungan jenis ini. Pasangan selebriti terkenal yang jauh berbeza umur seperti Demi Moore dan Ashton Kutcher, Michel Douglas dan Catherine Zeta Jones, dan sebagainya.
Mengapa mencari pasangan yang lebih tua/lebih muda? Apa kurangnya pasangan sebaya? Tiada kurangnya, tetapi masing-masing mempunyai sebab tersendiri. Mungkin disebabkan minat yang sama, keperluan yang sama, pasangan lebih muda mencari kematangan pada pasangan pilihan.
Orang juga memandang akan kesan buruk hubungan berbeza umur. Tetapi ini adalah penilaian yang tidak adil. Dalam mana-mana hubungan pasti wujud salah faham. Semua hubungan mempunyai kesan buruk tetapi bergantung kepada cara kita menanganinya.
Bagi dr, jika sudah suka, apalah sangat had umur berbeza? Bukankah asas suatu hubungan berjaya adalah minat yang sama dan komunikasi? Maka, tiada salahnya hubungan pasangan berbeza umur. Malahan, masyarakat seharusnya membuka minda kepada hubungan antara pihak yang berbeza umur.
Bagaimana pula dengan pendapat pembaca?suarakan pendapat anda di ruang komen atau chat di sebelah kiri blog ini ya..:)